Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Speaker Dewan Rakyat Belum...

KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Selangor Tangguh Solat Di...

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tempoh penangguhan solat Jumaat, solat secara...

“Kereta Itu Bukan Hadiah...

BEBERAPA hari lalu, tular berita mengatakan pasangan merpati dua sejoli, Izara Aishah dan...

Asrama Akademi Tahfiz Ihya...

SHAH ALAM - Sebuah asrama penginapan pelajar Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran, Kampung Bukit...

Anak Allahyarham Nik Aziz Pilih Sertai PAN

ANAK lelaki mantan mursyidul am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Omar telah diumum secara rasmi menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Menurut laporan portal propembangkang, Malaysian Insider, perkara itu didedahkan dalam satu majlis malam PAN yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor, pada Jumaat.

Dalam majlis itu, Nik Omar telah diisytiharkan memegang Pengerusi Panel Syariah PAN Kelantan sekali gus meletakkan beliau sebagai salah seorang pemimpin PAN bagi negeri tersebut.

Antara tetamu hadir pada majlis itu ialah ketua pembangkang, Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Sebelum ini memang terdapat spekulasi kuat yang menyatakan bahawa anak sulung kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz sendiri berminat hendak menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Baca: Logo Parti Amanah Kebetulan Sama Atau Memang Ciplak?

Juga: PAS & PAN Bergaduh, Siapa Lagi Layak Jadi Parti Islam?

Bekas menteri besar Kelantan itu yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015; dikurniakan 10 anak termasuk Nik Mohamad Abduh yang dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat pada muktamar tahun lalu.

Untuk makluman, PAN ditubuhkan oleh 18 bekas pemimpin PAS pro-DAP yang bertindak nekad meninggalkan parti itu selepas tewas teruk dalam pemilihan parti Islam tersebut akhir Jun tahun lepas.


Kumpulan perintis itu yang juga disebut G18 kecewa setelah gagal ‘cabar’ kepimpinan ulama PAS diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lantas menubuhkan GHB dan kemudian PAN.

Ketika itu terdengar desas-desus mendakwa G18 ‘ditaja’ secara senyap oleh DAP bagi menguasai PAS yang mahu membawa rang undang-undang hukum Hudud ke sidang Parlimen untuk diluluskan.

Penyertaan Nik Omar dalam PAN dilihat mampu memberi impak kepada pengundi Melayu khususnya di Kelantan kerana membawa nama legasi bapanya yang cukup berpengaruh. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Malaysian Insider

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6zq4meDNyKw]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori