• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS & PAN Bergaduh, Yang Mana Lagi Layak Jadi Parti Islam

oleh
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI dijangka hubungan PAS dan kumpulan serpihan yang menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) terus berserabut. Kali ini mereka bertentangan pendapat mengenai parti mana lebih layak jadi parti Islam di negara ini.

Ini gara-gara Pesiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Yusuf Al-Qaradawi menolak kewujudan dua parti berorientasikan Islam wujud serentak di Malaysia pada satu masa.

Bahkan ahli Parlimen kawasan Marang, Terengganu itu dengan tegas mendakwa, penubuhan PAN adalah jelas sebagai haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya sebuah lagi parti Islam lain iaitu PAS yang masih wujud lagi.

“Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya,” kata Abdul Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.

Portal tempatan AgendaDaily memetik beliau yang juga naib pengerusi kesatuan itu sebagai berkata, reaksi tersebut dibuat tokoh ulama terkenal itu ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun kenyataan Abdul Hadi yang sedang viral disebarkan ramai penyokongnya melalui media sosial itu segera dinafikan sekeras-kerasnya Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan pada Isnin.

Malah beliau menjelaskan, Naib Presiden PAN, Datuk Dr. Mujahid Yusof baharu saja jumpa Yusuf di Doha, Qatar pada 17 Oktober, ketika dalam perjalanan balik dari Istanbul, Turki dan tidak berbangkit langsung perkara itu.

“Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain di Malaysia selain PAS. Bahkan kami turut berbincang perkara prinsip tentang kejelasan fikrah (pemikiran) Islam.

“Ini kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal militan IS atau seumpamanya. Lalu Yusuf menyokong usaha untuk memperbetulkan salah faham ini dalam kalangan pengamal politik Islam,” kata Salahuddin.

Bekas naib presiden PAS itu dilaporkan baharu pulang daripada misi promosi tersebut yang bertujuan untuk memperkenalkan PAN lebih luas di peringkat antarabangsa, khususnya kepada gerakan Islam di seluruh dunia.

Misi dari 13 hingga 18 Oktober itu disertai delegasi PAN antaranya Timbalan Penasihat Umum, Abdul Ghani Shamsuddin, yang juga ahli pemegang amanah kesatuan ulama dunia itu, dan Bendahari PAN, Asmuni Awi.

Dalam misi berkenaan, mereka turut bertemu dengan setiausaha agung kesatuan ulama itu, Prof. Dr. Ali Alqaradaghi di Doha pada 13 Oktober sekali gus membuktikan PAN kini diiktiraf sebagai sebuah parti Islam.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Parti Amanah NegaraPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd