• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,000 Komando Indonesia Dikerah Buru Santoso

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

POSO – Lebih 1,000 anggota pasukan elit tentera Indonesia tiba di Poso, Sulawesi Tengah dalam usaha mengepung hutan di kawasan itu untuk menangkap militan paling dikehendaki Indonesia dan anggota kumpulannya.

Mereka yang terdiri daripada anggota Batalion Peninjau Amfibi Tentera Laut dan Unit Khas Penyelam tiba awal pagi semalam dengan kapal KRI Banjarmasin dari Surabaya, Jawa Timur.

Selepas berhimpun di markas Batalion Sintuwu Maroso, anggota berkenaan dikerah ke beberapa lokasi untuk memburu Santoso, ketua kumpulan Mujahidin Indonesia Timur (MIT).

Kira-kira 800 anggota pasukan khas tentera (Kopassus) juga tiba di lapangan terbang Mutiara di Palu dengan dua pesawat Hercules kelmarin.

Pihak berkuasa melarang wartawan membuat liputan mengenai ketibaan pasukan keselamatan itu.

Pengerahan pasukan khas itu sebahagian daripada Operasi Tinombala 2016 yang dilancarkan kerajaan, menggabungkan polis dan tentera.

Ia bertujuan menangkap kira-kira 45 anggota MIT, kata pemerintah operasi dan juga Ketua Polis Sulawesi Tengah Brigadier Jeneral Adham Azis.

Pihak berkuasa Indonesia percaya Santoso yang juga dikenali sebagai Abu Wardah dan pengikutnya berada di dalam hutan Poso.

Mereka didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas polis dan pos keselamatan di Sulawesi Tengah sejak 2011.

Menurut Adham, tentera dan polis dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan tanggung jawab berbeza.

“Ada kumpulan dikerah memburu Santoso dan ada yang ditugaskan memecah belahkan pergerakan kumpulannya,” kata Adham.

Pegawai tempatan sebelum ini mengaku sukar menangkap Santoso kerana tempat persembunyiannya jauh di dalam hutan dan sukar untuk dijejaki.

Pihak berkuasa percaya MIT turut dianggotai seorang wanita asal Bima di tenggara Nusa Barat dan dua entik Uighur dari China. – Agensi/myMetro Online

Baca: Tentera Indonesia Terkuat Di ASEAN, Malaysia Pula?

Juga: Penembak Tepat Terbaik Dunia Meninggal Dunia

Lagi: Indonesia Juara Dunia, Siapa Kata Tentera AS Hebat?

Tags: IndonesiakomandoMilitan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd