• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu BMW Sebabkan Tiga Maut Direman

oleh Ahmad Albab
25/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta BMW yang ditahan selepas merempuh sekumpulan enam penganut Hindu yang berjalan kaki hingga mengakibatkan tiga daripada mereka maut, Sabtu lalu, direman selama tiga hari sehingga esok.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata siasatan terhadap lelaki berusia 20-an itu masih diteruskan dan pihaknya perlu menunggu laporan daripada agensi lain termasuk mendapatkan keputusan ujian air kencing suspek. “Suspek kini masih ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Pemandu BMW Sebabkan Tiga Maut Direman

“Selepas selesai (siasatan), baru kita akan serahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Mengenai mangsa yang cedera, Markhandan berkata, tiga termasuk seorang wanita yang parah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan keadaan mereka dilaporkan masih kritikal.

Dalam kejadian jam 8 pagi Sabtu lalu, K Saravanan, 45, bersama dua rakan, C Kannan, 51, dan S Papa, 53, yang berjalan dari Seremban ke Batu Caves bagi menunaikan nazar sempena Thaipusam, maut dirempuh kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Tiga lagi rakan mereka, P Mageswaran, 40; D Darrshen, 18, dan seorang wanita, S Anjalai Devi, 44, parah serta dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. – BHarian Online

Tags: BMW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Ketua UMNO Subang Sindir ‘Prototaip Proton’ Guna Logo BMW

Ketua UMNO Subang Sindir ‘Prototaip Proton’ Guna Logo BMW

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah secara berseloroh menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd