• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Me’nate Nafi Caj Daging Stik Harga Melampau Kepada PM

oleh AK-47
29/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK restoran Me’nate Steak Hub menafikan sekeras-kerasnya gambar tag harga daging stik ‘mahal’ yang dihidangkan kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak di Seri Perdana, yang kini viral di media sosial.

Mustaffa Osman dalam satu muatnaik di Facebook menegaskan, tanda harga pada daging yang tersebar itu adalah palsu dan tidak terdapat dalam sistem inventori mereka.

Gambar menunjukkan harga daging stik dan nota kononnya kepada Seri Perdana, yang viral di media sosial
Gambar menunjukkan harga daging stik dan nota kononnya kepada Seri Perdana, yang viral di media sosial.

Tanda harga dan nota yang disebarkan juga katanya, tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan di kesemua Mena’te Steak Hub selain mempamerkan kod bar berlainan.

Selain itu, gambar chef yang diedar bersama dakwaan tersebut tidak pernah bekerja dengan Me’nate.

Susulan itu pihaknya sedang mengenalpasti tindakan undang-undang bagi mengheret mereka yang bertanggung jawab jika perbuatan fitnah ini diteruskan.

Berikut, luahan penuh pemilik Me’nate berhubung isu ini:

“Me’nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri Perdana baru-baru ini. Setelah kami menyemak tanda harga tersebut adalah PALSU dan tidak terdapat di dalam sistem inventori kami. Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me’nate Steak Hub di semua outlet kami ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai barcoding yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan..Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal.Jika makan steak dan Matsusaka manakan boleh ada nasi dan lauk lauk lain.Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me’nate.. Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini. Pihak kami sedang merancang serta sedang mendapatkan nasihat peguam kami dan sedang di dalam proses untuk menasihatkan kami akan bentuk tindakan undang-undang yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan KEPALSUAN & FITNAH ini. Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan”

IMG-20160123-WA0014 (2)

Dalam pada itu, tinjauan Mynewshub mendapati gambar chef yang diedar bersama berita palsu ini sebenarnya diubahsuai daripada individu dalam video di bawah:

Diharapkan perkara fitnah ini tidak lagi disebarkan selepas ini dan jika sudah melakukannya, menjadi tanggung jawab anda untuk membetulkan semula fitnah yang telah tersebar.

Ambil pengajaran, janganlah semudah-mudahnya menjadi penjaja fitnah bagi perkara yang belum tentu kesahihannya selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Me'nate Steakviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

02/11/2021
0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang. Lapor Suara.com, komen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd