Sample Page Title

PADA 13 September 1944, seorang puteri raja dari India ditemui terbaring mati di kem tahanan Dachau, Jerman. Dia telah diseksa oleh Nazi dan kemudian ditembak di kepala. Namanya Noor Inayat Khan.

Nama yang mungkin tidak pernah didengar tetapi mempunyai jasa yang besar dalam perang dunia kedua.

Orang Jerman mengenalinya sebagai Nora Baker, yakni seorang perisik British menggunakan nama kod Madeline. Noor membawa pemancar radio dari rumah selamat ke rumah selamat dengan Gestapo (polis rahsia Nazi Jerman) mengekorinya.

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

Dia bertanggungjawab menyediakan komunikasi untuk pasukan penentang Jerman. Pihak penentang akan mendapatkan bekalan seperti senjata yang dijatuh menggunakan payung terjun oleh pihak British berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Noor.

Umumnya, pengendali wayarles di Perancis hanya mempunyai jangka hayat selama enam minggu sahaja. Noor bagaimanapun berjaya menghantar transmisi tiga kali ganda lebih lama.

Semasa dia berada di Perancis, setiap pengendali wayarles lain dalam rangkaiannya telah ditangkap seorang demi seorang sehingga dia menjadi penghantar transmisi radio terakhir antara London dan Paris. Ia adalah “jawatan paling berbahaya dan penting di Perancis.”

Dia kemudian ditawarkan untuk kembali ke Britain tetapi gadis berani itu menolaknya.


Malah, dalam transmisi ke London, Noor berkata bahawa dia teramat gembira dengan hidupnya ketika itu dan berterima kasih kepada majikannya kerana memberi peluang untuk melakukan kerja menghantar transmisi radio bagi pihak penentang.

Tidak beberapa lama selepas itu, dia ditangkap oleh Gestapo.

Dikenali sebagai seorang yang tidak gentar dengan apa-apa sekali pun, Noor tetapi tidak pernah berputus asa; direkodkan pernah membuat tiga percubaan untuk melarikan diri termasuk dari ibu pejabat Gestapo di Paris.

Kata terakhirnya sebelum ditembak ialah, “Liberté!” yang bermaksud kebebasan.

Seluruh hidupnya menarik. Seorang wanita berdarah Diraja, muslimah, Anglo-India dalam perang dunia kedua.

Atas keberanian dan jasanya, Noor kemudian dianugerahkan George Cross, darjah gelaran tertinggi untuk rakyat biasa. –MYNEWSHUB

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...