Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Terima 2...

Johor Bahru: Polis Johor menerima dua laporan berhubung tindakan pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn...

Pemuda PAN Isytihar Sokong...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak memberi sokongan padu kepada...

PKR Perak Letak Pesara...

IPOH – PKR mempertaruhkan pesara guru untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk...

Puteri UMNO Minta Rakyat...

PEKAN – Puteri UMNO meminta rakyat menolak budaya politik berasaskan fitnah yang dimainkan...

Padah Curi Wang Majikan, Penjara Kaunter Dipenjara 5 Bulan

KUALA LUMPUR – “Saya mahu berjumpa majikan saya. Saya menyesal. Saya janji akan bayar semula duit itu selepas keluar dari penjara,” kata seorang penjaga kaunter kafe siber yang dihukum penjara lima bulan kerana mencuri wang RM1,305 milik majikannya.

Seok Hong Kuan, 29, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya juga berkata dia tiada wang untuk membayar denda dan juga anak yatim piatu selain tidak mempunyai saudara-mara di sini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima bulan ke atas Seok dan memerintahkan dia menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 20 Jan.

Seok didakwa mencuri duit itu di Happy Green Internet Kafe, No. 6 Jalan Sembilang, Taman Tenaga, Cheras di sini, antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 4.30 pagi, pada 6 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.


Mengikut fakta kes, Saw Wan Lock, 61, pemilik kafe siber itu menerima panggilan daripada pelanggannya yang memaklumkan tiada pekerja yang menjaga kaunter kafe tersebut.

Saw kemudiannya pergi ke kafe itu dan mendapati Seok yang sepatutnya bekerja pada waktu itu tiada dan wang hasil kutipan di dalam laci sebanyak RM1,305 juga hilang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori