Tidak membasuh berus alat solek.
Berus solek yang tidak dibersihkan boleh menimbulkan jerawat. Selain itu, warna solekan juga akan terkumpul dan menjejaskan sapuan solekan anda
Mencuba warna foundation di belakang tangan anda.
Warna wajah anda berbeza dengan warna tangan anda. Untuk memilih warna foundation terbaik, cuba sapukan di jawline anda.
Tidur tanpa membersihkan solekan.
Solekan bukan sahaja boleh memberi anda jerawat, malah boleh membesarkan liang pori-pori anda jika anda tidak membersihkannya. Rasa sedikit malas setelah penat keluar seharian? Gunakan tisu lembap pembersih.
Teknik penyapuan concealer.
Anda perlu menyapu concealer bukan dengan hanya meratakan secara rambang pada bahagian bawah mata anda. Sebaliknya, sapukan dengan corak segi tiga terbalik di bawah mata anda. Teknik ini lebih berkesan untuk nampak natural.
Menggunakan maskara kalis air setiap hari.
Maskara kalis air menjadikan bulu mata anda kering. Oleh sebab maskara jenis ini susah untuk ditanggalkan, anda mungkin akan menggosoknya dengan lebih kuat ketika cuba membersihkannya. Lantas, mengakibatkan bulu mata anda tertanggal.
Menyimpan alat solek anda terlalu lama.
Seperti makanan, alat solek juga ada tarikh luputnya.
Membasuh terus muka yang disolek dengan sabun pencuci muka.
Jangan buat. Bersihkan dulu solekan anda dengan pembersih alat solek. Kemudian, barulah cuci muka anda dengan pencuci muka.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=a4Ov8qvZ2_w]



