Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Penganalisis Ramal OPR Boleh...

Penganalisis percaya Bank Negara Malaysia (BNM) akan menormalkan lagi kadar dasarnya pada masa...

Musang Pulut Hidangan Eksotik...

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mendapati...

KD Pahang Hanya Mampu...

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan daripada tiga mayat yang ditemui semalam, kapal...

Gambar Keluarga Solat Tepi...

SEKEPING gambar memaparkan seisi keluarga menunaikan solat di pinggir lebuh raya ketika dalam...

Padah Rasis, Guru Besar Sekolah Cina Ditukarkan Ke PPD

Kementerian Pendidikan mengarahkan guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pai Chee di Mersing, Johor ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan satu kes kontroversi selesai.

BACA: Nasib Malang Cikgu Melayu Di Sekolah Cina

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook rasminya, pada Khamis.

“Laporan penuh dijangka siap dalam tempoh tiga hari bermula dari tarikh siasatan awal…. kes seperti ini jarang berlaku,” tulisnya.

Sementara itu, tiga guru Melayu yang dilaporkan dihalau guru besar berkenaan akan ‘digerakkan keluar’ dari sekolah tersebut.

Dalam pada itu, Mahdzir juga memohon agar semua pihak bertenang dan tidak mengkaitkan perkara ini dengan isu perkauman.

Sebelum ini, seorang guru bernama Cikgu Salina membuat laporan polis mendakwa telah diserang oleh bapa pelajar tanpa sebab dan dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan.

Guru besar itu juga pernah mendakwa masyarakat Cina sekolah tersebut tidak mahu guru Melayu bertugas di sana kerana konon kaum Melayu tidak pandai mengajar.

Bukan itu sahaja, guru besar juga dikatakan turut menggalakkan murid-murid Melayu berpindah sekolah dengan alasan tidak mampu menguasai Bahasa Cina.

Guru besar di sekolah berkenaan didakwa berkelakuan kurang sopan dengan mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur perkauman.


Media memetik laporan seorang guru mendakwa mereka terdiri daripada empat guru Melayu, dua mengajar Bahasa Melayu, seorang mengajar Bahasa Inggeris dan seorang lagi ustaz yang mengajar pelajaran agama Islam.

“Guru Besar terbabit telah paksa kami semua tulis surat kepada PPD supaya ditukarkan ke sekolah kebangsaan kerana dakwa kami tidak ajar dengan baik serta masyarakat Mersing tidak suka guru Melayu di sekolah ini.

Dia yang telah bertugas hampir setahun di sekolah tersebut juga mendakwa, ada segelintir guru telah hebah kepada pelajar bahawa guru Melayu di sekolah tersebut telah menyusahkan pihak sekolah.

Katanya, perjumpaan sebelum ini antara guru dan PPD telah berlangsung pada 24 November yang lalu, namun PPD hanya meminta kami bertahan demi menjaga maruah sedangkan maruah kami telah dicalar.

“Kami rasa sangat terhina, seolah-olah kami tidak pernah berjasa. Sedangkan salah seorang daripada kami telah berkhidmat di sekolah ini hampir 16 tahun.

“Kali ini kami berharap, agar PPD boleh membuat keputusan yang sewajarnya. Kami perlukan keadilan,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori