• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pembeli Rumah

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM hartanah dan Presiden HartaGuam, Salkukhairi Abd Sukor telah berkongsi kesilapan yang sering dilakukan oleh pembeli yang menyebabkan pemaju tidak membaiki kerosakan rumah seperti yang diharapkan walaupun sudah dilaporkan kepada pemaju tersebut.

Salkukhairi telah memberikan 10 kesilapan yang selalu dilakukan sehingga pemaju tidak membaiki kerosakan yang dinyatakan. Antaranya ialah;

1. Membuat aduan kerosakan yang tidak terperinci.

Tidak dinyatakan satu persatu bahagian manakah yang rosak dan apakah kerosakan tersebut. Ini menyebabkan pemaju keliru dan tidak dapat membaiki kerosakan yang sebenar.

2. Pengadu menggunakan borang aduan kerosakan yang disediakan oleh pemaju.

Kebiasaannya borang aduan tersebut sangat terhad ruangannya. Ini menyebabkan aduan tidak lengkap dan tidak dapat difahami dengan jelas oleh pemaju.

3. Pemaju tidak dapat gambaran yang jelas tentang kerosakan yang diadukan.

Pembeli mungkin adu tentang perkara lain tetapi sebaliknya pemaju mungkin faham lain. Justeru tempat kerosakan tidak dapat dibaiki dengan betul.

4. Pembeli menggunakan pendekatan berlawan atau berkeras serta berkasar dengan pemaju seolah-olah pembeli sahaja yang betul.

Sudahlah aduan kerosakan tidak jelas dan mengelirukan, lepas tu cakap kasar pulak dengan pemaju. Akhirnya pemaju fed-up hendak layan kerenah pembeli.

5. Pembeli tidak tahu undang-undang dan tidak tahu hak mereka berkenaan dengan tempoh liability kecacatan.

Kebanyakan pembeli tidak pernah baca S&P yang diberikan sewaktu pembelian dilakukan. Bila hendak membuat aduan kerosakan mereka tidak faham prosedur membuat aduan. Akhirnya aduan dibuat tidak mengikut peruntukan dan prosedur undang-undang yang sebenar.

6. Pembeli tidak tahu tempoh yang sewajarnya untuk pemaju baiki kerosakan.

Mereka tidak follow up mengikut tempoh yang sepatutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam S&P. Ada yang terlalu kerap sangat follow up sehingga pemaju naik bosan. Akhirnya, aduan tidak dapat dibaiki oleh pemaju dengan sempurna.

7. Pembeli cepat putus asa dan frust kalau pemaju tak baiki atau lambat baiki.

Mereka tidak tahu apakah langkah-langkah seterusnya yang mereka harus lakukan jika pemaju tidak baiki kerosakan tersebut. Akhirnya mereka tidak lagi mahu ambil peduli tentang aduan tersebut dan mula fed-up.

8. Pembeli kedekut untuk dapatkan nasihat peguam hartanah secara berbayar untuk guide dan advice mereka tentang urusan tuntutan kerosakan dengan pemaju.

Mereka lebih sanggup ikut kepala sendiri dan melakukan sesuatu tindakan ikut suka hati mereka berbanding hendak ikut undang-undang atau dapatkan nasihat berbayar daripada peguam. Kebanyakannya hendakkan nasihat percuma daripada peguam.

9. Pembeli hanya mengharapkan nasihat daripada peguam pemaju berkenaan dengan urusan kerosakan.

Ingat! Peguam pemaju sudah pastinya akan berpihak kepada pemaju. Sebaliknya lantiklah peguam bebas dan mahir tentang urusan tuntutan kerosakan rumah untuk membantu anda.

10. Pembeli suka buat aduan kerosakan last minute kepada pemaju.

Contoh: dekat-dekat hendak habis tempoh liabiliti kerosakan. Ini menyebabkan pemaju buat sambil lewa kerana mereka beranggapan tempoh liabiliti akan tamat tidak lama lagi. Dan selepas itu mereka selamat kerana pembeli tidak lagi boleh membuat aduan.

-MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=fafEHMnFe3g]

Tags: pemaju
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

23/06/2026
0

SHAH ALAM - Pemaju di Selangor dikehendaki menyerahkan sebidang tanah (minimum 1.5 ekar) untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd