• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang Dipertua Dewan Negara Tegur Senator Ponteng Sidang Dewan

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menegur anggota Dewan Negara yang tidak terlibat dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 tetapi tidak hadir ke persidangan dewan.

“Saya memang memberi kebenaran kepada beberapa menteri yang terlibat untuk mengecualikan diri hadir ke dewan, tetapi bagi yang tidak terlibat, mereka mesti hadir kerana persidangan ini lebih penting,” katanya sebaik sahaja Dewan Negara bersidang semula pagi ini.

PAU 2015 sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Abu Zahar menjelaskan, ada antara anggota dewan negara yang menjadikan PAU 2015 sebagai alasan tidak hadir ke dewan negara dan tindakan ini sangat dikesali.

Beliau juga menasihatkan semua anggota dewan supaya dapat hadir untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 yang sedang dibahas di dewan negara ketika ini.

Persidangan Dewan Negara bermula Isnin lepas sehingga 22 Disember ini.

– BERNAMA

Tags: Abu Zahar UjangSenator
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

Mujahid Dipilih Senator

Mujahid Dipilih Senator

25/05/2023
0

IPOH : Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada Persidangan Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd