Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Ekonomi Johor Dijangka Terus...

ISKANDAR PUTERI - Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh...

MH17: Rusia Hargai Pendirian...

KUALA LUMPUR - Pendirian Malaysia yang berkecuali semasa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines...

Gelandangan Akhirnya Dipertemukan Dengan...

IA merupakan detik-detik memilukan apabila seorang ibu akhirnya bertemu semula dengan anak lelakinya...

Kes Rasuah Bung Moktar:...

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon untuk menyoal balas seorang saksi utamanya yang dianggap...

Taki Takazawa, Lelaki Asal Mafia Kini Imam Di Jepun

TOKYO – Dilihat namanya sahaja, sudah dapat diketahui bahawa Taki Takazawa adalah seorang yang berbangsa Jepun. Lelaki ini adalah seorang yang bercirikan seperti seorang mafia, tetapi akhirnya menjadi seorang imam.

Dengan ciri-ciri khas rambut panjang dan tubuh penuh tatu, membuatkan kelibatnya nampak mirip dengan lagak anggota geng penjenayah mafia terkenal Jepun, Yakuza.

Takazawa secara kebetulan sebelum ini memang bekerja sebagai tukang pencacah tatu untuk anggota kumpulan samseng paling ditakuti di negara Matahari Terbit itu.

Dan bukan mainan, pekerjaan pencacah tatu itu telah dilakukan selama 20 tahun. Tetapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah saat dia mengumandangkan azan.

Takazawa kini menjadi imam untuk sebuah masjid di ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimah Syahadah, Takazawa mencantumkan namanya dengan Abdullah, yang bererti hamba Allah SWT.

Uniknya, serita perkenalan Takazawa dengan Islam berlaku secara tidak sengaja di wilayah Shibuya apabila dia melihat seseorang dengan kulit yang cerah dan mempunyai janggut putih.

Masjid Jamik Tokyo. – Gambar hiasan

Orang itu juga mengenakan baju dan serban berwarna putih yang melambangkan kesucian. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia.”

Kalimah itu ternyata Syahadah, pengakuan ke-Esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusanNya. Walaupun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa mengakui pernah dengar perkataan Allah dan Muhammad.


Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk islam, Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto. Pertemuan dengan orang serba putih itu tidak dapat dilupakan Takazawa.

Dua tahun setelah memeluk Islam dan menjadi mualaf, Takazawa secara kebetulan dapat bertemu lagi dengan lelaki misteri tersebut.

“Ternyata dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, di kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, kata beliau.

Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi imam masjid di wilayah Shinjuku. Sebelum itu, dia melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di kota suci umat Islam Makkah al-Mukarramah.

Nama Takazawa kini menjadi terkenal lantaran dia menjadi satu antara lima imam masjid besar di Jepun. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori