• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Tahun Baharu, Serentak Penghapusan Tol Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
27/12/2015
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Buat julung kalinya sambutan tahun baharu disini akan diadakan secara besar-besaran, serentak dengan kiraan detik berakhirnya kutipan tol di Sarawak.

Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Misnu Taha berkata detik cukup bermakna itu akan disambut penuh gemilang kerana tepat pukul 12 tengah malam pada 31 Dis ini, kutipan tol di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, Petra Jaya di sini akan dihentikan, sekaligus tiada lagi kutipan tol di Sarawak.

Beliau berkata orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara sambutan yang akan bermula dari pukul 9 malam di perkarangan plaza tol itu, dengan sajian pelbagai pertunjukan pentas dan persembahan bunga api.

Bercakap kepada pemberita sejurus sebelum meninjau persiapan di perkarangan plaza tol itu, Misnu berkata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dijangka hadir bagi memeriahkan sambutan itu.

Dalam ucapan penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini, Adenan mengumumkan pemansuhan kutipan tol di jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin pada tengah malam 31 Dis ini, sekaligus mengotakan janjinya untuk menghapuskan tol di Sarawak.

Kerajaan negeri memansuhkan kutipan tol di Jambatan Lanang di Sibu pada Mei lalu dan kutipan tol di Jambatan ASEAN Baram pada bulan Jun lepas.

Sebagai rekod, kutipan tol di jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang menghubungkan kawasan bandaraya Kuching dengan Petra Jaya itu telah bermula sejak tahun 2003.

Sementara itu Misnu berkata beliau menjangka sekitar 10,000 hadirin akan membanjiri kawasan berkenaan pada malam sambutan itu.

Selain barisan artis daripada kalangan anak tempatan, antara penyanyi tersohor negara yang mengesahkan kehadiran mereka untuk membuat persembahan ialah Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Amir Ukays.

Sehubungan itu, beliau berkata jalan utama menghala arah tol akan ditutup seawal pukul 6 petang untuk memberi laluan kepada persiapan dan acara sambutan pada hari berkenaan.

Menurutnya raptai majlis sambutan akan diadakan pada 29 Dis. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]XqGyrINAOGo[/wpdevart_youtube]

Tags: Tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd