• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Cadang Skim Jaminan Rumah Pertama

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mahu kerajaan mewujudkan jaminan pinjaman bagi Skim Rumah Pertamaku kepada pemohon pinjaman yang tidak diluluskan oleh bank, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata cadangan ini adalah idea anggota Majlis Tertinggi Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Dia minta saya tolong sampaikan, sebab dia tak boleh naik untuk gulung. Dalam hal ini, maksudnya kalau hari ini 70 peratus daripada pinjaman rumah pertama minta daripada bank, bank tolak… kita minta kerajaan jamin pinjaman tersebut supaya (permohonan) mereka tidak ditolak,” katanya.

Menggulung perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, Khairy menjelaskan Skim Rumah Pertamaku adalah di bawah pengawasan Kementerian Kewangan dan bukan KPKT.

Dalam isu bantuan perumahan, beliau berkata Abdul Rahman turut memaklumkan kepadanya bahawa permintaan perwakilan Pemuda UMNO tahun lepas untuk skim sewa beli bagi projek-projek perumahan kos sederhana telah dilaksanakan kementerian.

Mengenai unit rumah bagi kuota bumiputera yang tidak dijual pemaju, Khairy berkata ia kini tidak lagi boleh dilepaskan kepada pasaran terbuka sewenang-wenangnya.

“Sekarang ini di bawah kuasa pentadbiran (KPKT) yang kita ada, unit-unit itu perlu diserah selama tiga bulan kepada kementerian untuk mereka cari pembeli Bumiputera,” katanya.

Mengulas perhimpunan agung Pemuda UMNO, Khairy, memuji kualiti perbahasan kesemua 13 pembahas yang mewakili setiap negeri yang disifatkannya ‘menjiwai’ rakyat.

“Setiap jurubahas membangkitkan isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, menyentuh pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]STxBnWkqs6Q[/wpdevart_youtube]

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd