Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

PM Terkejut 2 Rakyat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut...

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah...

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral...

Rasmi 50 Pokok Tropika...

WASHINGTON DC - Bukan satu, dua atau tiga, tetapi 50 batang pokok tropika...

Ahli Perniagaan Ditipu RM6.7...

KOTA BHARU - Seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 70-an dari Kuala Krai,...

Pasukan Taring Ditubuhkan, Wakil Kebangsaan Untuk Dota 2

PADA tahun ini, populariti permainan atas talian Dota 2 agak mendapat tempat di hati golongan belia di mana pasukan perwakilan Malaysia, Orange eSport di acara Kejohanan Dota 2 The International 2015 telah memberikan saingan sengit kepada pemainan negara lain.

Melihat kepada hala tuju sukan ini yang nampaknya semakin berkembang, Persatuan e-Sukan Malaysian telah mengadakan sebuah acara yang bergelar Malaysia Cyber Games untuk mengenal-pasti dan memilih pasukan Dota 2 kebangsaan yang akan membawa nama Malaysia.

Melalui kejohanan yang diadakan pada penghujung minggu ini, pelbagai pasukan telah menyertainya, dan Team SatuDuaTiga (Team 123) telah memenangi kejohanan tersebut.

Seperti dijanjikan, pasukan tersebut kini dikenali dengan nama Taring, iaitu nama untuk pasukan kebangsaan.

Pasukan Taring akan menerima bantuan daripada kerajaan dalam bentuk sokongan kewangan, fasiliti untuk latihan, pengurus pasukan, tajaan, dan juga akan membawa nama Malaysia.


Dengan pemilihan ini, kita mungkin akan turut melihat mereka bersaing dan menyertai arena sukan elektronik ini dengan lebih aktif, serta mungkin juga kita akan dapat melihat sokongan kerajaan dalam pelbagai permainan elektronik yang lain.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Twitter Malaysia Cyber Games

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori