• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JMR Cipta Sejarah, Pasukan Malaysia Pertama Menang Perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps

NegaraKu Berkumandang Di Belgium

oleh Mohd Arshad
29/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JMR Cipta Sejarah, Pasukan Malaysia Pertama Menang Perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

JOHOR BAHRU – Johor Motorsports Racing (JMR) melakar sejarah baharu dalam arena sukan permotoran negara apabila muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia menjuarai perlumbaan ketahanan berprestij CrowdStrike 24 Hours of Spa-Francorchamps di Belgium, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Kejayaan bersejarah itu dicapai dalam perlumbaan yang berakhir pada Ahad (28 Jun), apabila JMR menamatkan saingan di tempat pertama bagi kategori Pro-Am menerusi gandingan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim bersama Ben Green dan Jordan Love.

Lebih manis, kemenangan tersebut hadir pada penampilan ketiga JMR di perlumbaan GT3 yang dianggap antara perlumbaan ketahanan paling mencabar dan berprestij di dunia.

Tunku Abdul Rahman menyifatkan kejayaan itu sebagai detik yang amat bermakna buat seluruh pasukan selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang perlumbaan selama 24 jam.

> “Saya amat gembira dan bersyukur dengan pencapaian bersejarah ini. Jentera kami berfungsi dengan amat baik sepanjang perlumbaan dan sokongan daripada General Motors (GM) juga sangat luar biasa.

> “Seluruh pasukan telah mempamerkan prestasi yang sangat baik sepanjang minggu. Sebagai pemandu, segala-galanya bergantung kepada kerjasama seluruh pasukan. Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Tunku Abu Bakar mengakui kemenangan tersebut sukar digambarkan dengan kata-kata, lebih-lebih lagi ia diraih pada penampilan keduanya dalam perlumbaan ikonik berkenaan.

> “Ini sesuatu yang sukar dipercayai. Setiap jam sepanjang perlumbaan memang penuh debaran. Alhamdulillah, saya amat bangga dengan usaha yang dicurahkan oleh seluruh pasukan dalam mencapai kemenangan ini,” katanya.

Kejayaan itu mengukuhkan lagi reputasi JMR sebagai antara pasukan perlumbaan yang semakin menyerlah di pentas antarabangsa selepas mengesahkan penyertaan dalam beberapa perlumbaan endurance utama musim ini, termasuk 24 Hours of Le Mans dan Suzuka 1000KM.

Kemenangan di Spa-Francorchamps bukan sahaja menjadi kebanggaan buat Johor, malah turut mencipta sejarah sebagai pencapaian terbesar pasukan Malaysia dalam perlumbaan ketahanan GT3 bertaraf dunia.-MYNEWSHUB

Tags: Anak Malaysiabudak ni berjuang untuk Johor.JMRJohor motor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

DAP Untuk Semua Anak Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Untuk Semua Anak Malaysia – Nga Kor Ming

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa parti itu komited memperjuangkan nasib rakyat Malaysia meskipun melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd