• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Mahu Lebih Ramai Anak Malaysia Berada Di Barisan Hadapan MotoGP

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Zahid Mahu Lebih Ramai Anak Malaysia Berada Di Barisan Hadapan MotoGP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyuarakan hasrat untuk melihat lebih ramai anak Malaysia berada di barisan hadapan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), bukan sahaja sebagai pelumba, malah dalam bidang teknikal.

Beliau berkata, penyertaan rakyat Malaysia dalam sukan permotoran bertaraf dunia perlu diperluaskan dengan melahirkan lebih ramai mekanik, juruteknik dan tenaga teknikal yang mampu berdiri sebaris dengan tenaga mahir terbaik antarabangsa.

Menurutnya, bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mempunyai peranan penting dalam membuka peluang kepada anak muda untuk membina kerjaya dalam industri automotif serta permotoran.

“Hasrat saya, insya-Allah kita mahu melihat lebih ramai anak Malaysia berada di barisan hadapan MotoGP, bukan sahaja sebagai pelumba tetapi juga sebagai mekanik, juruteknik dan tenaga teknikal yang berdiri sebaris dengan yang terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di media sosial selepas menghadiri program Sembang Santai MotoGP bersama beberapa legenda dan ikon sukan permotoran negara, malam tadi.

Ahmad Zahid turut meluahkan keterujaan kerana berpeluang berkongsi pentas serta mendengar sendiri pengalaman tokoh-tokoh sukan permotoran berkenaan.

Katanya, sukan permotoran merupakan antara bidang yang diminatinya sejak zaman universiti lagi.

“Alhamdulillah, teruja saya dapat mendengar sendiri cerita dan pengalaman mereka sambil bertukar pandangan serta sembang santai tentang dunia permotoran yang memang sudah lama saya minati sejak zaman universiti lagi,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan berkongsi mengenai TVET dan peluang kerjaya dalam sektor automotif serta permotoran.

Ahmad Zahid juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: Anak MalaysiaBarisan HadapanBeradaLebih RamaiMahuMotoGPZahid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dont Worry. All Is Well. Kita Geng Biru” – Zahid

“Dont Worry. All Is Well. Kita Geng Biru” – Zahid

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan hantaran ringkas di media sosial...

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat projek pembangunan luar bandar bagi tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd