• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Jumpa Mayat Tanpa Kepala Ketika Menjala Ikan Di Lundu

oleh Ahmad Albab
26/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Keterujaan seorang nelayan dan anak lelakinya untuk memperoleh hasil tangkapan yang banyak bertukar sebaliknya apabila menemui satu mayat tanpa kepala ketika menjala ikan di Sungai Kampung Pandan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, Mat Muda Dillah, 54, dan anaknya mengambil keputusan untuk menjala apabila melihat banyak ikan di sungai itu yang terletak berhampiran dengan Pantai Pandan, lokasi nelayan di kampung itu meletakkan bot mereka.

“Saya balik semula ke rumah mengambil jala. Saya memang rasa pelik lihat banyak ikan di sungai tersebut, hasil tangkapan pun banyak, ada la dapat kira-kira dua kilogram ikan.

“Tapi ketika menjala tiba-tiba saya nampak ada satu mayat tanpa kepala terapung,” katanya kepada Bernama.

Mat Muda kemudiannya bertindak membuang hasil tangkapan itu dan menyuruh anaknya segera pulang ke rumah mengambil telefon serta menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat berkenaan.

Sementara itu, anggota polis di Balai Polis Lundu mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan berkata mayat dihantar ke Hospital Lundu untuk bedah siasat bagi menentukan jantina dan punca kematian. – BERNAMA

Tags: MayatNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd