• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muat Naik Kenyataan Jelik Di Blog, Zaid Ibrahim Didakwa

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan membuat kenyataan bersifat jelik dalam ucapannya yang menggesa agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Zaid, 64, selaku orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah dan kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Dia yang juga bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dan secara sedar membuat dan memulakan pernyataan yang bersifat jelik di laman http://www.zaid.my bertajuk, ‘Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohamad‘ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman di sini pada 3.20 petang 3 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 2 September lepas, Zaid memberi ucapan di Kelab Diraja Selangor, di sini dan kemudian memuat naik ucapan itu di dalam blog beliau pada keesokannya.

Ucapan itu juga dibacakan di dalam mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam M. Puravalen yang mewakili Zaid, memohon supaya mahkamah tidak mengenakan sebarang jaminan atas alasan pertuduhan terhadap anak guamnya merupakan orang kena saman dan bukannya kes jenayah.

Puravalen berkata Zaid juga merupakan individu yang dikenali masyarakat dan mustahil untuk melarikan diri, dan memberikan kerjasama kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Hakim Jagjit Singh membenarkan permohonan peguam itu supaya anak guamnya tidak dikenakan sebarang jaminan dan menetapkan 22 Januari tahun depan untuk pengurusan kes.

Puravalen turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan bantahan awal mengenai pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya itu atas alasan pertuduhan itu adalah tidak jelas.

“Mana perkataan dalam kenyataan itu yang dimaksudkan ‘jelik?” tanya peguam berkenaan.

Mahkamah menetapkan tarikh sama (22 Januari) untuk mendengar bantahan awal itu.

Zaid ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau berterima kasih kepada mahkamah kerana tidak meletakkan sebarang wang jaminan terhadapnya.

Zaid turut berharap perbicaraan kesnya dapat diselesaikan secepat mungkin. – BERNAMA

Tags: mahkamahzaid ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd