• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi Jalan Masuk Bukit Sumpitan

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan tanpa identiti ditemui di tepi jalan masuk di Bukit Sumpitan dekat sempadan Gerik dan Selama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay berkata mayat lelaki itu ditemui oleh orang awam di kawasan berkenaan sebelum membuat panggilan ke bilik gerakan polis Selama, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

“Hasil siasatan di tempat kejadian, polis telah jumpa satu lelaki bangsa tidak pasti mati dalam keadaan terlentang dan berpakaian penuh. Terdapat kesan darah pada dahi mangsa dan tidak menemui apa-apa kesan darah di sekeliling mayat.

“Pemeriksaan ke atas lelaki itu, pihak polis tidak menemui sebarang pengenalan diri dan dipercayai di bunuh di tempat lain dan mayat di buang di tempat kejadian berdasarkan kesan darah yang telah kering,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang ditemui memakai baju-T berwarna gelap, berseluar jeans biru gelap serta memakai tali pinggang coklat itu mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter (5.4 kaki), berumur dalam lingkungan 50-an dan berbadan gempal.

Loo berkata berdasarkan pemeriksaan forensik, terdapat tiga tembakan telah ditemui iaitu satu di bahagian dahi manakala dua lagi di bahagian muka.

“Mangsa dipercayai di tembak dari jarak sederhana dengan peluru dipercayai jenis .22 milimeter. Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri yang dijumpai pada mangsa.

Bagaimanapun, berdasarkan kesan (pelalian) BCG di lengan kiri mangsa, beliau dipercayai merupakan seorang warganegara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Selama untuk bedah siasat.

“Usaha untuk mengesan waris mangsa akan dibuat melalui cap jari yang dirujuk pada Jabatan Pendaftaran Negara dan Bukit Aman, serta menghantar semboyan pada semua Ibu Pejabat Polis Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mengenali mangsa diminta segera ke balai polis yang berhampiran atau berhubung terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Selama bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: MayatPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd