• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 90 Rakyat Malaysia Masih Terkandas Di Chennai

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Lebih daripada 90 rakyat Malaysia masih lagi terkandas di bilik hotel dan rumah mereka dengan pihak berkuasa India memperhebatkan operasi besar-besaran bagi mencari dan menyelamat mangsa.

Lebih banyak bot dan helikopter digunakan pada Jumaat berikutan lawatan Perdana Menteri, Narendra Modi lewat petang Khamis ke kawasan yang terjejas teruk dengan gelombang kedua banjir.

Konsul Jeneral Malaysia, R. Citra Devi ketika dihubungi berkata sehingga lewat malam Khamis, kira-kira 249 rakyat Malaysia menghubungi pusat krisis banjir yang ditubuhkan pejabatnya untuk memberikan bantuan.

“Kira-kira 158 daripada mereka diselamatkan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan dan ada yang berjaya mencari jalan ke Tiruchi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru di Karnataka,” tambah Citra.

Beliau berkata sehingga pukul 10 pagi Jumaat, 91 pelancong dan pelajar Malaysia masih terkandas tetapi kebanyakan daripada mereka berada di ‘zon selamat’ dengan beberapa kawasan banjir sudah pun surut.

“Satu-satunya masalah utama yang kami hadapi di sini pada masa ini ialah kekurangan makanan dan kami tidak mempunyai sokongan logistik yang mencukupi khususnya bot untuk menyelamatkan mereka,” kata Citra.

Konsul Jeneral itu berkata kebanyakan kedai dan pejabat masih ditutup dan bandar raya tersebut masih belum pulih.

Beliau berkata cuaca pada Jumaat adalah baik dengan beberapa stesen minyak di pusat bandar itu sudah beroperasi.

Jabatan Meteorologi India (IMD) meramalkan lebih banyak hujan akan turun di Tamil Nadu pada 36 jam akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa penerbangan India mengumumkan tujuh penerbangan komersil beroperasi semula pagi Jumaat dari pangkalan udara Rajali kira-kira 70 kilometer dari Chennai.

Manakala lapangan terbang antarabangsa masih ditutup kerana landasan ditenggelami air.

Menteri Dalam Negeri India, Rajnath Singh memberitahu Parlimen pada Khamis bahawa sebanyak 269 orang maut akibat hujan lebat di Tamil Nadu, 54 di Andhra Pradesh dan dua kematian dicatatkan di Puducherry. – BERNAMA

Tags: Indiarakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd