• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jika Sokong ISIS, Tak Mungkin Mahu Kerjasama Dengan UMNO”

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Amanah Nasional, Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan pengganas Islam (ISIS), Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Mohd Zuhdi Marzuki tampil dengan menyelar sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Beliau berkata, tuduhan terbaharu itu dikeluarkan kerana Mohamad Sabu sebenarnya masih keliru dan kenyataan yang dikeluarkan adalah sangat tidak berasas.

Tambahnya, sebelum ini Parti Amanah Nasional (AMANAH) juga telah menuduh PAS akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan persekutuan.

“Jika PAS dituduh sudah diserapi oleh pemikiran ISIS, mengapa pula PAS ingin bekerjasama dengan pemerintah kerana ideologi ini sememangnya tersasar jauh dan berbeza daripada ISIS,” katanya.

Justeru, Mohd Zuhdi meminta agar jawatankuasa AMANAH mencari jalan menyelesaikan dahulu isu kekeliruan mereka sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengarut terhadap PAS.

Mohamad Sabu sebelum ini mendakwa, PAS sudah diresapi pemikiran ISIS. Beliau turut menuntut agar pasukan keselamatan negara menjalankan siasatan terperinci terhadap PAS berhubung perkara berkenaan.

Tuduhan itu bagaimanapun dilihat mempunyai unsur sabotaj memandangkan PAS pada masa kini jelas bersikap lebih terbuka dan mesra dengan parti kerajaan UMNO berbanding AMANAH yang dianggotai bekas-bekas ahlinya yang berpaling tadah.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: SyafikJalil

Tags: AmanahISISPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd