• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingatan Kepada Pengguna Media Sosial

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka mengingatkan pengguna media sosial di negeri itu agar tidak menyebarkan sesuatu khabar angin sehingga menjadi viral dan mengundang rasa tidak selamat dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata mereka yang berbuat demikian boleh diambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada antaranya di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Akta Hasutan 1984.

“Hentikanlah menyebarkan khabar angin ini, ia bukannya lawak. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab dan jangan sebarkan maklumat yang bukan-bukan.

“Saya tidak tahu apa niat mereka tetapi ia boleh disiasat mengikut undang-undang sekiranya niat mereka memberi gambaran negeri ini tidak selamat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat ASP di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu seorang remaja perempuan yang diculik di Taman Merdeka, Isnin lepas dan penemuan mayat kanak-kanak lelaki tanpa kepala tergantung di sebuah pasar raya di Ayer Keroh pada Rabu lepas.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Ruslan Hassan.

Mengulas lanjut, Chuah berkata pengguna media sosial seharusnya memanfaatkan teknologi itu dengan berkongsi dan bertukar maklumat yang sahih serta tepat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian ragut melibatkan seorang warga China di lampu isyarat Jalan Tengkera menghala ke Taman Kota Laksamana semalam, diminta tampil membantu siasatan.

“Kejadian kira-kira 7 petang itu menyebabkan wanita berusia 25 tahun itu cedera di siku, tapak tangan, paha, jari dan lutut akibat terjatuh selepas berlawan dengan peragut yang cuba melarikan beg tangannya,” katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu, peragut yang menunggang motosikal itu gagal melarikan beg tangan wanita berkenaan yang juga pekerja di sebuah pasar raya di sini.

Terdahulu seramai 21 pegawai polis Melaka menerima kenaikan pangkat iaitu dua daripada mereka dinaikkan pangkat sebagai Pemangku DSP manakala selebihnya sebagai ASP. – BERNAMA

Tags: media sosialpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd