• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Perbalahan & Sebar Fitnah Demi Kesejahteraan Negara

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara ini menghentikan perbalahan dan menyebar serta mempercayai fitnah dalam usaha menjamin kesejahteraan di Malaysia.

“Janganlah kita melayani perkara-perkara yang boleh mengalih perhatian kita daripada berusaha ke arah mengisi visi (mencapai status negara maju menjelang 2020) tersebut,” katanya dalam mesej terbarunya menerusi blog www.najibrazak.com hari Jumaat.

Beliau berkata rakyat perlu menghentikan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat ini.

“Setelah negara kita merdeka, perjuangan kita adalah untuk membangunkan negara, memodenkan negara kita dan seterusnya untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020,” katanya.

Destinasi ini, kata beliau, menjanjikan kehidupan yang lebih baik bagi semua.

Bagi Najib, matlamat ini sangat jelas dan “setiap hari saya, sebagai perdana menteri, memberi tumpuan sepenuh tenaga dan usaha saya untuk membawa Malaysia ke arah matlamat ini.

“Dalam hidup kita, kita perlu ada perjuangan. Perjuangan untuk berkhidmat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Apabila berhasilnya perjuangan, barulah kehidupan kita bermakna,” katanya.

Beliau berkata sebelum tahun 1957, perjuangan adalah untuk mencapai kemerdekaan.

“Parti Perikatan yang diterajui UMNO bersama-sama dengan rakan-rakan daripada kaum yang lain menumpu tenaga dan mempunyai ikatan solidariti untuk memperjuangkan kemerdekaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: fitnahNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd