Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Hampir ‘Hanyut’, Anak Sumber...

SETIAP rumah tangga yang dibina pasti akan diduga dengan pelbagai kemelut, jadi pasangan...

16 Pusat Pengundian PRK...

LUNDU (Sarawak) - Semua 16 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Polis Nafi Dakwaan Raja...

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar...

Kejayaan Aaron-Wooi Yik Sebagai...

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menganggap beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik...

Garis Panduan Berkaitan Tadbir urus Agensi Agama Akan Dikeluarkan

KUALA LUMPUR – Garis panduan berkaitan penambahbaikan tadbir urus dan operasi agensi agama termasuk Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata garis panduan itu akan diguna pakai sebaik sahaja pasukan khas yang ditubuhkan kerajaan baru-baru ini, selesai menyiapkan laporan mereka.

“Ini bagi memastikan bukan sahaja urusan dan operasi agensi-agensi berjalan mengikut peraturan yang ditetapkan sahaja, tetapi juga berteraskan nilai moral dan integriti yang tinggi.

“Ini kerana, penekanan aspek tadbir urus bukan ikut peraturan sahaja tetapi yang paling penting ialah dari segi moral, prinsip nilai dan akhlak juga perlu dititikberatkan,” katanya ketika ditemui Bernama di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut jawapannya kepada soalan Senator Mariany Mohammad Yit pada persidangan Dewan Negara hari ini yang ingin tahu isu sebenar pengurusan dan integriti yang melanda YaPEIM dan langkah kerajaan dalam memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.

YaPEIM menjadi perhatian media sosial sejak November lalu berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurus atasannya selain isu lawatan kerja ke Amerika Syarikat pada tahun lepas.

Asyraf menjelaskan, pasukan khas yang diketuainya, turut dianggotai Chartered Institute of Management Accountants, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, firma guaman terkemuka dan daripada wakil Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan wakil pertubuhan institusi perbankan Malaysia.


Dalam pada itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu terhadap yayasan tersebut.

“Jangan kita terbawa-bawa dengan apa yang dilemparkan kepada agensi itu bahawa seolah-olah YaPEIM menggunakan sumbangan amal jariah (Skim Potongan Gaji) untuk pembayaran elaun pihak pengurusan.

“Rakyat perlu memahami bahawa YaPEIM bukanlah badan amal jariah semata-mata tetapi sebuah institusi yang menjalankan perniagaan.

“YaPEIM memperoleh dana kewangan melalui dua sumber iaitu sumber amal jariah dan dana perniagaan YaPEIM dan pembayaran elaun pengurusan tidak sama sekali menggunakan wang sumbangan amal jariah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori