Friday, February 23, 2024

Creating liberating content

Usul Pelantikan Timbalan Speaker...

KUALA LUMPUR - Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadual hari...

PSM Seru Pakatan Lancar...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) kesal kerana Pakatan Harapan masih belum...

105,474 Sudah Mendaftar Untuk...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Wajah Menyeramkan… Ini Manusia...

MEXICO – Manusia syaitan. Ia bukan satu topeng muka sebaliknya adalah wajah Caim...

FAMA Disaran Bantu Penduduk Kampung Bukan Peladang

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu lebih giat menambah sumber ekonomi penduduk kampung ‘bukan peladang’ dengan membida hasil tanaman mereka yang ditanam di kawasan rumah, saran wakil UMNO Kelantan.

Mengambil contoh ‘kerepek durian’ di Thailand, Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yassim berkata tidak mustahil produk kreatif dan nilai tambah seperti jem rambutan, duku dan langsat boleh dihasilkan daripada kutipan tanaman penduduk kampung.

“Tak susah. Daripada biar buah langsat, duku, rambutan ini jatuh jadi baja di tanah, elok FAMA buka kilang, hantar orang mereka masuk ke kampung dan beli buah-buahan daripada pokok-pokok yang mereka tanam di halaman rumah mereka.

“Ini secara tidak langsung boleh menambah pendapatan mereka,” katanya ketika ditemui Bernama, selepas mengutarakan cadangan itu semasa membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini, hari ini.

Terdahulu, semasa perbahasan, Abdullah berkata Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia yang diumum April lepas perlu memberi keutamaan kepada pelajar miskin.

“Yang layak itu memang ramai, tapi biar kita pilih-pilih, beri kepada yang miskin dulu. Mereka ini, apabila tajaan tak ada mereka terpaksa pergi bank, jadi bank pula kenakan syarat-syarat pinjaman peribadi, jadi tak mampulah pelajar kita,” katanya.

TP1B diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh pada 2014 bagi mengumpul RM1 bilion daripada para alumni UiTM yang bertujuan antaranya memberi biasiswa, bantuan kebajikan, penambahbaikan fakulti, menaja penyelidikan dan pembangunan.

Abdullah, yang berbahas hampir sepenuhnya dalam loghat Kelantan, turut mencadangkan agar elaun pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta JKKK Persekutuan dinaikkan.


Sementara itu, seorang perwakilan Mohd Razlan Muhammad Rafii mencadangkan supaya lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak dengan yuran munasabah diwujudkan bagi membantu meringankan beban warga kota yang semakin terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata pusat jagaan sedemikian amat diperlukan memandangkan kebanyakan ibu bapa berpendapatan sederhana dan kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan swasta.

“Keperluan untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan sudah menjadi satu kemestian pada masa kini,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada perhimpunan hari ketiga itu.

Beliau berkata sebagai contoh, yuran penjagaan dan pendidikan awal bagi setiap kanak-kanak telah menjangkau RM350 seorang secara purata dan kos semakin meningkat apabila mempunyai jumlah anak yang ramai.

Dalam pada itu, Mohd Razlan juga mencadangkan agar Tadika Islam dan Taska Darul Hannan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang mengambil pendekatan agama sebagai asas teori dan praktikal dalam membentuk peribadi muslim seawal usia kanak-kanak, dibuka lebih banyak.

“Syarat kemasukan pula dilonggarkan, tingkatkan pendapatan ibu-bapa daripada RM3,000 sebulan kepada RM5,000 sebulan untuk anak-anak mereka belajar di situ memandangkan yurannya hanyalah RM150 sebulan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]NnX333U6NHE[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori