Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Sampai Nama Kampung...

SHAH ALAM - Identiti tanah rizab Melayu di Kampung Baru tidak akan hilang...

Kenyataan Kenaikan Gaji PDRM...

Kuala Lumpur : Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang...

Omar, Si Rimau Putih...

SINGAPURA - Omar, seekor harimau putih tertua di Taman Haiwan Singapura, mati pada...

Remy Ishak Mengaku Alami...

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau...

“Cukup-Cukuplah, Henti Naik Harga Perkhidmatan & Barang

KUALA LUMPUR – ‘Cukup-cukuplah’ kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sambil meminta kerajaan menghentikan segala kenaikan perkhidmatan dan harga barang yang kini dilihat semakin membebankan rakyat.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau memahami bahawa beberapa langkah pedih terpaksa diambil berikutan keadaan ekonomi ketika ini, namun hakikatnya rakyat sudah tidak boleh menerima lagi dan sudah sampai kepada satu keadaan yang kritikal.

“Jangan dicurahkan lagi minyak ke atas api kemarahan rakyat yang marak membara. Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini. Cukup-cukup lah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

“Mungkin ada yang tertanya-tanya, Ketua Pemuda ahli Jemaah Menteri. Tidakkah beliau bersuara dalam kabinet? Ingin saya tegaskan di sini bahawa pendirian saya sama di dalam dan di luar kabinet,” katanya.

“Saya selaku Ketua Pemuda mengingatkan Kabinet tentang Akujanji Barisan Nasional (BN). Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita,” katanya.

Tegas Khairy lagi, Pemuda akan membantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar, mahu pun mana-mana lebuh raya sekali pun.

Beliau juga mahukan kerajaan agar dapat menyediakan diskaun khusus bagi membantu golongan muda yang mahu menggunakan pengangkutan awam.

Khairy berkata di kebanyakan negara lain golongan belia diberikan diskaun yang sama dinikmati warga emas untuk pelbagai kemudahan awam.


“Selama ini, bila tol naik kita minta anak muda guna pengangkutan awam, tetapi sekarang lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala naik apa lagi pilihan yang ada pada rakyat? Nak suruh mereka jalan kaki?,” katanya.

Khairy berkata pendirian Pemuda UMNO tidak pernah populis kerana tidak pernah menabur kata-kata manis, menjanjikan bulan dan bintang sebaliknya sering mengutarakan isu rakyat untuk diketengahkan.

“Apabila timbul isu yang menjadi buah mulut sebahagian besar rakyat, Pemuda tidak akan pekakkan telinga. Bila ada tuduhan berat seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tak kan kita diam tidak minta penjelasan,” katanya.

Beliau juga berkata anak muda sekarang memerlukan pemimpin yang membantu mereka menjadi insan yang lebih perkasa dalam mencapai cita-cita dan untuk itu Pemuda dari zaman ke zaman, memenuhi tuntutan anak muda, agar sayap itu terus relevan dengan kehendak rakyat.

Beliau berkata UMNO perlu berhenti menjadi sebuah ‘kelab eksklusif’ dan kembali menjadi ‘khemah besar’ kembali memayungi sesiapa sahaja bernama Melayu untuk kembali menjadi parti terkuat.

“Jangan tolak tepi pandangan orang lain yang berbeza daripada arus perdana UMNO. Kita mendukung wasatiyyah namun kalau kita sendiri singkirkan orang Melayu sebab rupa dan pandangan mereka yang berbeza kita akan menjadi kelompok yang semakin kecil dan lemah.

Perasmian Pemuda itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori