• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Rang Undang-Undang Orang Kaya Bantu Rakyat

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan kaya dalam negara yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan perlu memberi lebihan kekayaan mereka itu kepada golongan miskin atau rakyat berpendapatan rendah.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ia antara penyelesaian kemelut ekonomi yang digariskan oleh Islam menerusi dasar berkebajikan.

Kata beliau, langkah itu juga secara tidak langsung dapat meringankan sebahagian bebanan fiskal yang ditanggung oleh kerajaan untuk jangka masa panjang.

Justeru, beliau mencadangkan satu rang undang-undang diperkenalkan kerajaan untuk mengemaskini tata cara pengelolaan sistem itu supaya ia dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Hari ini rakyat bawahan berdepan tekanan ekonomi, namun di saat himpitan kewangan ini tentunya ada golongan yang tidak terkesan dengan tekanan ekonomi iaitu golongan berada.

“Kerajaan perlu menerapkan kesedaran kepada golongan ini untuk membantu golongan bawahan. Ia perlu disasarkan untuk membantu meringankan bebanan kewangan melibatkan kediaman, keperluan harian dan pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Khairuddin memberi contoh orang ramai sedang membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah maka golongan kaya perlu digesa membantu masyarakat di sekitar tempat mereka.

“Malah pembinaan dan pembangunan seperti hospital, lebuh raya, sekolah boleh dibiayai menerusi konsep tanggungjawab sosial korporat ini sama ada berkonsepkan wakaf dan lain-lain menurut kaedah Islam,” katanya.

Jelasnya, ia antara konsep yang diterapkan oleh Rasulullah S.A.W kepada hartawan negara hingga kerajaan Islam pada waktu itu tidak perlu menampung banyak keperluan pengurusan negara kerana menyerahkan sebahagiannya untuk dipenuhi oleh rakyat yang mempunyai lebihan perbelanjaan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]6kUv22ZiFII[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd