• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badminton Jadi Sukan Nombor 1 Negara

oleh Ahmad Albab
15/12/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan badminton kini menjadi sukan nombor satu negara berdasarkan prestasinya di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata walaupun bola sepak kekal sebagai sukan popular, namun jika dibandingkan dari segi prestasi, badminton telah membuktikan perkembangan positif sama ada di peringkat senior atau remaja.

“Bola sepak memang popular di mana-mana sahaja. Ini hakikat yang harus kita terima. Tapi kalau dilihat dari segi prestasi dan pencapaian, badminton sudah menunjukkan perkembangan positif. Kita juga dapat lihat ramai pemain badminton yang boleh menggantikan (Datuk) Lee Chong Wei.

“Mungkin bukan dalam perseorangan lelaki, mungkin Goh Jin Wei boleh muncul juara dunia perseorangan wanita. Dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada Chong Wei sahaja,” katanya kepada pemberita pada program Yonex The Legend’s Vision di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berharap Chong Wei dapat meneruskan khidmat kepada pembangunan sukan badminton negara walaupun selepas beraksi di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos tahun depan.

Ditanya sama ada Chong Wei akan diminta mewakili negara pada Sukan SEA 2017, beliau berkata keputusan itu terpulang sendiri kepada pemain yang berada pada ranking keempat dunia itu.

“Dia bagitau saya dia tidak pernah menang acara perseorangan lelaki Sukan SEA. Dalam konteks kerjaya dia, mungkin pingatnya kecil, tetapi dia hendak main juga pada 2017, mungkin itu antara yang akhir dalam kerjaya dia.

“Secara tradisinya, kita hantar pasukan kedua, tapi atas nilai sentimental, Chong Wei hendak main, mungkin kita bagi dia mainlah,” katanya.

Sementara itu beliau berkata prinsip disiplin yang tinggi seperti yang diamalkan oleh Chong Wei harus dicontohi oleh para pemain khususnya pemain remaja untuk mencapai tahap tertinggi dalam sukan badminton.

Selain daripada disiplin yang tinggi ketika sesi latihan, Chong Wei mempunyai semangat yang tinggi serta mengamalkan cara kehidupan atlet profesional yang turut menekankan dari segi pengurusan masa dan sains sukan, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]UjRjqp_4xN0[/wpdevart_youtube]

Tags: badmintonKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd