• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Lelaki Ditahan, 127 Komputer Perjudian Dirampas Dalam Op Dadu

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 20 lelaki dan merampas 127 set komputer dalam Op Dadu di tujuh premis sekitar ibu negara dan Selangor, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Unit Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/ Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman SAC Khairi Ahrasa berkata kesemua mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun terdiri daripada penjaga dan pelanggan premis berkenaan.

Katanya mereka yang ditahan dalam operasi bermula 4.30 petang hingga 12 tengah malam tadi terdiri daripada 18 warga tempatan dan dua warga Bangladesh.

“Selain set komputer, pelbagai peralatan capaian internet, buku dan dokumen berkaitan perniagaan turut dirampas selain wang tunai RM2,064,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Khairi berkata antara lokasi serbuan ialah Bandar Sri Permaisuri, Taman Midah Cheras, Taman Segar, Taman Pudu Ulu di Kuala Lumpur dan Taman Kosas, Ampang di Selangor.

Siasatan awal mendapati rata-rata premis judi yang diserbu telah beroperasi sejak sebulan lepas.

“Premis dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan penganjur mengenal pasti pemain atau pelanggan tetap sahaja.

“Kesemua hasil rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan Ampang untuk siasatan lanjut,” kata Khairi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menganjurkan aktiviti mesin perjudian, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana kesalahan memasuki negara ini tanpa permit sah dan Seksyen 55(B) Akta Imigresen kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah, katanya. – BERNAMA

Tags: lelakimesin judi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd