• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Kecewa Isu Sambutan Felicia Mikat

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kesal dengan sikap segelintir pihak yang cuba mensensasikan isu sambutan terhadap atlet paralimpik yang cemerlang di Sukan Para ASEAN di Singapura, baru-baru ini.

Beliau berkata kesalahan tiadanya sambutan meraikan atlet terbabit tidak seharusnya diletakkan atas kerajaan semata-mata.

Orang ramai serta media juga bertanggungjawab untuk sama-sama menunjukkan penghargaan terhadap atlet paralimpik, katanya.

Ratu Pecut Para ASEAN Jadi Viral Di Media Sosial

“Dalam laman Facebook saya sudah menjawab. Selama seminggu sukan Para ASEAN berlangsung, saya telah promosi dalam Facebook, Twitter, namun tiada siapa yang peduli.

“Saya berasa marah, tapi tidak berkata apa-apa. Media juga berikan publisiti yang amat sedikit. Saya berasa sedih tapi tidak berkata apa-apa.

“Tapi bila perkara ini timbul, semua orang ingin menjadi juara kepada atlet para.

“Ini tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas program siri jelajah Yonex The Legends’ Vision di sini hari ini.

Khairy berkata selama ini kerajaan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad paralimpik negara termasuk memberikan insentif sama rata kepada atlet paralimpik dan atlet normal di bawah Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam).

Beliau mengulas laporan mengenai atlet olahraga paralimpik Felicia Mikat yang menjadi viral di laman sosial dan muka hadapan akhbar berbahasa Inggeris, Selasa.

Felicia, 16, berasal dari Tambunan, yang meraih tiga pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 400m wanita T13 (masalah penglihatan) tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu minggu lepas hanya disambut oleh keluarganya, dan dikatakan tidak diberikan sambutan khas oleh pihak bertanggungjawab.

Perkara tersebut menjadi viral apabila pengguna Facebook memuat turun gambar atlet berkenaan disambut anggota keluarganya di lapangan terbang itu.

Untuk rekod, pada 10 Disember lepas, kepulangan kontinjen negara termasuk Felicia dari Singapura telah disambut oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail di Kompleks Sukan Kampung Pandan.

Kontinjen negara seramai 314 atlet dan pegawai menamatkan cabaran di Sukan Para ASEAN kelapan di Singapura di kedudukan ketiga keseluruhan dengan memperoleh 52 emas, 58 perak dan 37 gangsa.

Lebih membanggakan, 12 rekod baharu dicipta atlet negara dalam acara olahraga, renang dan powerlifting. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bpAj3EJYjWA[/wpdevart_youtube]

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd