• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Axiata Digital Labur RM12.5 Juta Dalam 6 Syarikat Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Axiata Digital Innovation Fund (ADIF), dana modal teroka korporat perkhidmatan terbesar di Malaysia, akan melabur sebanyak RM12.5 juta dalam enam syarikat teknologi milik Malaysia.

Ketua Pegawai Korporat Kumpulan Axiata Group Bhd, Mohamad Idham Nawawi, berkata pelaburan itu akan dapat membantu mengembangkan perniagaan dan produk mereka untuk menjadi peneraju serantau dalam pasaran perkhidmatan digital.

staff_full_image_55556119ba725

“Kami berada di kedudukan terbaik untuk membantu syarikat-syarikat ini berkembang lebih pantas dan lebih besar dengan menyediakan bukan hanya pembiayaan, tetapi juga kepakaran industri dan akses pasaran kepada 260 juta pelanggan Axiata di seluruh Asia,” katanya pada taklimat media, 9 Disember 2015.

Daripada 160 syarikat yang disaring, ADIF memilih Maideasy, Tripfez, Easyparcel, Easyuni, SPOT News dan Supahands untuk menerima dana itu, katanya.

ADIF, yang dilancarkan pada November 2014, adalah kerjasama antara Axiata dan Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP), bagi menyokong objektif kerajaan untuk meningkatkan keupayaan syarikat teknologi tempatan.

Dana itu yang diuruskan oleh Intres Capital Partners Sdn Bhd, anak syarikat MAVCAP, mempunyai komitmen RM100 juta.

Setakat ini, ia memiliki RM70 juta dan masih sedang mencari pelabur berpotensi untuk melabur bagi baki selebihnya.

Sementara itu, Kamarul Nizam Kassim, rakan kongsi dalam Intres Capital Partner berkata, dana itu juga akan memantau prestasi syarikat bagi tempoh 12-18 bulan.

Beliau berkata, pusingan pertama pelaburan ini bukan yang terakhir. -MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TMg8T62DA-A]

Tags: axiataMalaysiaperlaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

11/11/2026
0

TAIPEI - Taiwan mengesahkan pihaknya menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam menjayakan Proses Dialog Damai Selatan Thailand bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd