Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Usaha Tarik Ikan Paus...

PONTIAN - Usaha menarik seekor ikan paus yang ditemui di tepi pantai Taman...

Rebut Peluang Biasiswa Untuk...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi beberapa pilihan...

Kasihan…. Tegar Kembali Mengemis...

SUATU ketika dahulu, penyanyi cilik Indonesia ini pernah mendapat perhatian ramai setelah kisah...

Jauhi Fitnah Dalam Rawatan:...

Sepanjang menjadi penjaga kolum tulisan Datuk Dr. Haron Din di Mingguan Malaysia sekitar...

Politik Kebencian & Perpecahan Beri Kesan Kepada Pengikut

KUALA LUMPUR – Politik perpecahan dan kebencian yang berpaksikan amalan memfitnah, mencaci maki serta mempromosi pemikiran ekstrem akan memberi kesan cukup mendalam kepada pengikut dan penyokong parti, kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata realitinya amat mudah untuk merangsang perpecahan dan kebencian kerana ia boleh dilakukan menerusi kepetahan berkata-kata di tempat awam, kedai kopi dan pentas ceramah.

“Suasana politik di Malaysia pada hari ini mempamerkan satu sindrom politik perpecahan dan kebencian seolah-olah menjadi asas perjuangan parti politik pembangkang,” katanya dalam ucapan dasar dan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Berucap di hadapan 977 perwakilan sayap UMNO itu, Mas Ermieyati berkata bagi mempromosi politik kemajuan dan kemakmuran, ia memerlukan kombinasi ilmu pengetahuan, kreativiti dan inovasi, perlakuan berhemah serta kemampuan menghayati perbincangan intelektual serta kematangan berfikir.

Anggota Parlimen Masjid Tanah itu menegaskan perbezaan politik dan pandangan bukan alasan untuk mana-mana pihak bertindak sesuka hati sehingga hilang nilai kesopanan.

“Apalah gunanya bergelar pemimpin jika kita hanya mampu memecah dan gagal menyatukan. Ingatlah, di hujung cerita – kita semua adalah saudara sewarganegara.

“Beradab dalam perbincangan tidak menjadikan kita manusia kaku. Kritik dan berilah pandangan pada sesuatu yang wajar diperbetulkan. Sebagai umat Islam, kita diajar memperbetulkan keadaan jika berlaku kepincangan dalam masyarakat,” kata Mas Ermieyati, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.


Mas Ermieyati turut mengajak anggota UMNO terutama anggota Puteri supaya mengutamakan solidariti bersama pemimpin berbanding menjatuhkan sesama sendiri, ke arah kebaikan parti.

Beliau menarik perhatian apabila mengumpamakan UMNO ibarat ‘sebuah rakit yang diikat oleh kesetiaan serta semangat solidariti dan jika bertelagah, perbuatan itu boleh disamakan seperti memotong tali yang menghubungkan kayu-kayu pada rakit’.

“Begitu juga dengan UMNO dan sayap Puteri. Tanpa solidariti, UMNO dan Puteri akan goyah. Dalam jangka panjang, UMNO akan musnah. Apakah sahabat seperjuangan sekalian mahu melihat rakit UMNO kita musnah? Tepuk dada, fikirlah dengan mendalam!.

“Jangan hanya dengan kelemahan-kelemahan pemimpin kita yang kecil, kita bertindak keterlaluan untuk menjatuhkan mereka. Ayuh, dengan kesedaran ini, saya menyeru kita semua, barisan Puteri bersolidariti dengan kepimpinan dan sesiapa sahaja yang menyuruh ke arah kebaikan parti,” katanya yang disambut tepukan gemuruh di seluruh dewan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori