KETIKA Karolina Dabrowska, 36 tahun; melahirkan bayinya yang tidak cukup bulan itu di dalam sebuah teksi, dia tidak terfikir untuk membersihkan teksi berkenaan.
Apa yang difikirkan adalah keselamatan anaknya. Ini kerana bayi itu yang dilahirkan di tempat duduk belakang teksi itu telah dibelit oleh tali pusatnya ketika teksi itu berhenti di tepi jalan.
Namun nasib baik seorang doktor yang berada di kawasan berkenaan membantu menyelamatkan bayi itu.
Ketika dia dimasukkan ke dalam ambulans, pemandu teksi berkenaan telah melakukan sesuatu yang mengejutkan.
Dia mengetuk tingkap ambulans itu dan meminta supaya suami Karolina, Matthew Errington, 43 tahun; membersihkan teksi itu atau membayarnya kos tambahan.
“Tindakan pemandu teksi itu amat menyakitkan hati kerana ketika kami sedang memikirkan mengenai keselamatan bayi kami. Ia bukan masa yang sesuai.
“Saya katakan padanya anak kami tidak bernafas, lepaskan kami. Nasib baik ada doktor di situ yang kemudiannya menyelamatkan anak saya’’ kata Matthew.
Teksi berkenaan bagaimanapun mengenakan bayaran tambahan sehingga RM300.

