• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Aksi Bapa ‘Serang’ Guru Wanita Tambat Hati Netizen

oleh AK-47
dalam Hangat, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video aksi seorang lelaki dipercayai bapa kepada seorang murid di sebuah sekolah ‘menyerang’ seorang guru wanita kerana mendakwa anaknya ‘dilempang’ menjadi sensasi menerusi media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Hutan Melintang, Perak apabila lelaki tersebut dilihat menyerbu sekolah terbabit, sebelum menyerang guru itu dalam satu majlis.

Menerusi video tersebut, pada mulanya lelaki berkenaan cuba ditenangkan oleh seorang pengawal keselamatan wanita di sekolah itu, namun tidak diendahkan olehnya.

Dia terus memanggil nama seorang guru dengan berkata “Cikgu Hamizah mana? Kenapa suka-suka cikgu nak lempang dia kenapa?,” jerit kuat bapa kepada murid terbabit.

Bagaimanapun, guru tersebut yang dikenali sebagai Hamizah Hamid, 35 tahun; dilihat tenang dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan telah melempang anak lelaki tersebut.

Suasana bertambah kecoh apabila bapa murid itu turut mendakwa anaknya terpaksa dibawa ke klinik bagi rawatan dan sebagai menunjukkan bukti, dia mengeluarkan ‘surat pengesahan’ doktor yang menyatakan anaknya cedera akibat dilempang.

Namun, detik cemas itu bertukar kegembiraan apabila aksi menyerang guru itu hanyalah lakonan atau ‘prank’ semata-mata bagi tujuan menyampaikan hadiah kepada Cikgu Hamidah yang memenangi sebuah beg tangan berjenama mewah, Louis Vuitton yang dikatakan bernilai RM3,700.

Video tersebut diterbitkan oleh Sinar Studios Production bagi segmen ‘Redah Kasi Hadiah’ dan dimuat naik menerusi laman YouTube SinarTV pada 16 November lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Gurulucuprank
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd