• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpaksa Tinggal Suami Demi Jaga Ibu Lumpuh

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Demi kasih kepada ibu, seorang suri rumah berkorban meninggalkan suaminya di Terengganu dan pulang ke kampungnya di Kampung Baru Sri Pandan, Felda Panching Timur, di sini, untuk menjaga orang tuanya yang lumpuh sebelah badan sejak dua bulan lepas.

Biarpun terpaksa berhimpit dengan tiga lagi orang abangnya dalam sebuah rumah separuh siap tanpa bilik, ia tidak menghalang Che Zuraini Che Mat, 29, untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibunya, Wan Habsah Wan Mamat, 70.

“Ibu diserang angin ahmar September lepas menyebabkan separuh badannya lumpuh dan memerlukan jagaan rapi. Ayah pula sudah meninggal pada 2004, manakala tiga orang abang lagi tidak dapat menjaga ibu sepenuh masa kerana komitmen kerja.

“Jadi sebagai seorang anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan, saya mengambil tanggungjawab ini untuk menjaga ibu walaupun kami terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan di rumah ini yang dibina atas tanah milik orang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga terpaksa meninggalkan suami yang berniaga kedai makan di Terengganu dan membawa bersama dua orang anak perempuannya yang berusia tiga dan tujuh tahun untuk memastikan tumpuan dapat diberikan untuk menjaga ibunya.

Paling menyedihkan katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghentikan bantuan kepada ibunya sejak Mac lepas tanpa diketahui puncanya, sedangkan mereka amat memerlukan wang tersebut untuk membeli keperluan ibunya seperti lampin pakai buang, susu khas dan tilam angin.

“Saya pun tidak tahu kenapa JKM menghentikan bantuan tersebut sedangkan kami bukanlah orang senang dan ibu juga sudah uzur dan tidak mampu bekerja. Saya akan cuba untuk merayu bagi membolehkan JKM menyambung semula bantuan tersebut,” katanya.

Sementara itu penderitaan keluarga tersebut mendapat perhatian Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang (BAKKISS) yang menyumbang sebuah kerusi roda untuk kegunaan Wan Habsah.

Yang Dipertua BAKKISS Wan Azlan Wan Salleh berkata pihaknya akan cuba menyalurkan bantuan lain yang diperlukan termasuk dari segi perubatan bagi meringankan beban keluarga tersebut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wztgtwQI0CQ[/wpdevart_youtube]

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd