• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Sidang Media, Kata Pengerusi PAC

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara laporan tidak beretika beberapa portal berita propembangkang semalam, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat keputusan tidak mengadakan lagi sebarang sidang media untuk wartawan.

Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin berkata, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang sidang media lagi untuk wartawan bermula daripada mesyuarat jawatankuasa itu pada 23 November ini.

“Selaku pengerusi PAC, saya dukacita kerana usaha mewujudkan suasana mesra di kalangan pengamal media tidak dihargai oleh segelintir petugas media.

“Walaupun gurauan semasa akhir sidang akhbar semalam ketika hendak keluar makan meminta ia tidak ditulis tetapi masih ada segelintir di kalangan pengamal media masih melaporkannya di portal berita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Hasan, segala maklumat oleh PAC akan disampaikan kepada pihak media melalui kenyataan bertulis sahaja.

Hasan semalam menjelaskan beliau cuma berseloroh dengan para wartawan berhubung kenyataan `saya pun cari makan’ yang disebutnya pada satu sidang media di bangunan Parlimen.

Beliau membuat kenyataan itu secara spontan sebagai reaksi kepada soalan bertali-arus wartawan yang mahu tahu sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung 1MDB.

Ia ekoran segelintir wartawan dipercayai daripada portal berita propembangkang tetap mengasaknya dengan soalan berhubung perkara tersebut meskipun beliau sudah menamatkan sidang media dan mahu menyertai majlis makan tengahari. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]aHAT4Ajuj6c[/wpdevart_youtube]

Tags: PAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd