• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Antara Ditahan Terlibat Dadah Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Lima orang termasuk sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki mereka berusia lapan tahun ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Tun Habab, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata serbuan pada pukul 6.20 petang itu turut merampas empat paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 858 gram, dua paket plastik dadah jenis syabu seberat 1.92 gram dan satu alat penimbang digital dipercayai untuk menimbang dadah.

“Polis turut merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, wang tunai RM449 serta menyita tiga kereta jenis Nissan Sentra, Toyota Innova dan Proton Waja,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini Isnin.

Rahmat berkata tiga suspek itu termasuk seorang wanita berusia antara 33 dan 39 itu mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah, manakala seorang lagi suspek lelaki berusia 21 tahun tidak mempunyai sebarang rekod.

Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah dan diserahkan kepada waris mereka di Pontian.

“Kesemua empat suspek itu juga didapati positif ujian dadah heroin dan syabu serta ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Rahmat berkata rampasan dadah yang hampir satu kilogram itu bernilai RM30,318 dan mampu dibekalkan kepada hampir 500 penagih dadah tempatan sekitar bandar itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori. – BERNAMA

Tags: kes dadahSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd