Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Janda Minta Kena Rogol...

SEMALAM, tular di media sosial dan portal dalam talian sebuah rakaman video mengenai...

Mukhriz Mohon Maaf Kepada...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengutus surat kepada...

3 Anggota Search Diperintah...

SHAH ALAM - Tiga ahli kumpulan rock Search diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah...

PRN Johor: Pejuang Tanding...

JOHOR BAHRU : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding 42 daripada 56...

Status Guru ‘Rasis’ Persoal Keturunan Bugis Dikecam

SIFAT rasis membawa maksud seseorang itu beranggapan bahawa kaumnya lebih mulia daripada kaum lain, atau dalam kata lainnya menganggap sifat sesuatu keturunan itu sudah ditentukan secara biologi dan semuanya sama sahaja.

Individu yang rasis sering prejudis terhadap masyarakat lain kerana berasa lebih unggul dan tidak memikirkan perasaan orang lain.

Terbaharu, ramai tersinggung apabila seorang guru di Sabah memuat naik status Facebook bagi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Jabatan Daerah Keningau yang mengambil pekerja berbangsa Bugis.

Guru berkenaan menyifatkan Bugis adalah ‘bangsa asing’ dalam luahan status tersebut.

mec

Ketika menghantar sepupu untuk berurusan di pejabat daerah Keningau hari ini sy benar2 terpukul. Seorang anak kepada bangsa asing yang menjalani latihan praktikal di pejabat itu dengan mudahnya diserap untuk berkhidmat secara tetap di jabatan itu.

Apakah kita sudah benar2 ketandusan tenaga kerja daripada kalangan anak tempatan sehingga anak keturunan bugis kita jadikan kakitangan di jabatan2 penting kerajaan? Masih ramai anak tempatan yang berkelulusan tinggi dan berkelayakkan di luar sana yang belum mendapat pekerjaan tetap.

Saya tertanya-tanya juga siapa sebenarnya “orang dalam” yang bertanggugjawab terhadap perbuatan sumbang ini. Bagaimana agaknya masa depan daerah ini atau masa depan negara ini jika jawatan2 penting dalam kerajaan dipegang oleh anak2 bangsa asing.

Anak-anak tempatan Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak buka mata, buka mulut dan ambil tindakan. Kalau bukan kita siapa lg, jika bukan sekarang, bila lagi. Jgn tunduk ketika dipijak.


Jangan pula selepas membaca artikel ni ada yang melabel sy perkauman, tiada istilah perkauman untuk bumiputera dan bukan bumiputera apalagi warganegara dan bukan warganegara.

Susulan status tersebut, ramai netizen megecam pemikirannya termasuk salah seorang bekas muridnya yang sempat meluahkan pandangan terhadap sikap guru terbabit ketika mengajar di sekolah.

Aduiee, miss zaidah, sakit bah tu miss cakap mcm tu. Saya bekas pelajar miss dulu. Saya ank bugis. Bkn mau ungkit time miss ajr dlu, tpi miss ingt lagi kah time di kelas. Miss tak suka sangat bngsa bugis. Miss selalu sindir anak bugis. Tapi saya tak ambil hati sangat time tu. Tapi ni kali miss dah telebih sangat-sangat, Ni bukan gurauan miss. Miss fikir la balik,bukan nak ajar miss. Tapi saya cuma mau miss renung balik kata-kata miss. Saya tau sy siapa. hnya ank pndatng yg ingin mncri ilmu dn rzki d bumi sabah. Maaf kalau ad kata2 yg tk selesa d hati,” tulis Enna Tang.

Pada kami sesiapa sahaja apatah lagi seorang pendidik seharusnya mempunyai nilai empati dan rasional apabila mahu melontarkan kata yang boleh menyinggung orang lain.

Apatah lagi bila berbicara konteks bangsa, memandangkan Sabah dan Sarawak berbeza etniknya berbanding di Semenanjung Malaysia.

Biarkan kerajaan mainkan peranan dalam hal ini untuk tentukan peratusan kaum yang layak bekerja dalam mana-mana sektor dan jika mahu luahkan pendapat, pergilah kepada saluran betul bila melibatkan isu sensitif sebegini.

Ini bukan soal salah atau betul tapi jika mahu dihormati, belajarlah untuk menghormati orang lain juga. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori