• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Ingatkan Pembangkang Menang Kerana Anwar

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan semua pihak bahawa kejayaan pembangkang termasuk PAS dan DAP memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) selama ini adalah disebabkan oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, di bawah kepimpinan Anwar maka pembangkang berjaya menambah kerusi parlimen dan meraih peratusan undi popular dalam PRU.

Menurutnya, hal itu disebabkan Anwar kononnya merupakan satu warisan idealisme perjuangan rakyat menentang pemerintah seperti patriot-patriot terdahulu termasuk Datuk Bahaman dan Mat Kilau.

“Pada PRU 2008, gabungan PKR, DAP dan PAS di bawah kepimpinan Anwar yang berjaya membawa impak besar kepada politik negara.

“Pada PRU 2013 pembangkang di bawah pimpinan Anwar berjaya menambah kerusi parlimen dan meraih peratusan 52 peratus undi popular,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden Kongres PKR 2015 di Shah Alam, Selangor hari ini.

Anwar yang juga banduan kes liwat sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selepas dia didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat seorang lelaki lain yang juga kakitangannya.

Wan Azizah dalam pada itu berkata, Anwar kononnya mewarisi perjuangan patriot yang berkorban untuk membina Malaysia yang merdeka, demokratik dan berdaulat.

“Anwar merupakan seorang muslim yang komited sejak dari zaman belia lagi, mempelopori idealisme muslim demokrat yang diterima dan diperakui oleh pelbagai kalangan rakyat Malaysia dan dunia sebagai sebuah idealisme yang syumul,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]yNiP-zr7Un8[/wpdevart_youtube]

Tags: Anwar IbrahimPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd