Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Saman Fitnah: MP Kepong...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng untuk membayar...

Driver Bas Ekspres ‘Kerek’...

PERKONGSIAN di laman sosial tentang sikap melampau seorang pemandu yang mengherdik penumpang warga...

‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Pasangan...

MESKIPUN media sosial tempatan viral dengan kisah-kisah selebriti kahwin dua, pelakon baharu cuba...

Tanah Mendap Di Cheras,...

KUALA LUMPUR – Penduduk Flat Midah Ria, Taman Midah Cheras, di sini cemas...

Persatuan Kanser Desak Kerajaan Haramkan Vape

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menggesa kerajaan segera mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau e-rokok di negara ini.

Presiden dan Pengarah Perubatannya, Dr. Saunthari Somasundaram berkata, e-rokok boleh menjadi isu kesihatan besar ke atas rakyat maka kerajaan Malaysia perlu mengemukakan pendirian tegas mengenai isu tersebut.

“Pengharaman e-rokok adalah cara paling efektif untuk memastikan keselamatan orang ramai dan NCSM dengan ini menasihati kerajaan mengambil kira pendirian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Saunthari melahirkan rasa kesal kerana kerajaan menangguhkan larangan penggunaan e-rokok sedangkan tiada sebarang faedah daripadanya berbanding penggunaan rokok tembakau.


Menurutnya, kerajaan Malaysia perlu mengambil berat mengenai tahap keselamatan penggunaan e-rokok kerana tiada sebarang bukti saintifik bahawa peralatan itu selamat atau mampu membantu individu berhenti merokok.

“Kajian menunjukkan pengguna e-rokok tidak benar-benar bebas risiko dan pihak berkuasa kesihatan termasuk di Amerika Syarikat serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan jumlah bahan toksik yang dihasilkan oleh rokok elektronik adalah tidak diketahui,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori