• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

oleh Mynewshub
20/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!
Share on FacebookShare on Twitter

MAAF terpaksa guna tajuk kasar macam ini untuk tarik perhatian masyarakat Malaysia yang seolah-olah ambil mudah gejala vape mushroom.

Ibarat tiada apa-apa sedang berlaku sedangkan ramai anak bangsa termasuk yang masih remaja sedang “elok” lalok dengan cecair vape yang menjahanamkan.

Apakah kerana masyarakat semakin selfish atau terlalu yakin itu anak orang lain? Mengapa begitu yakin? Anak-anak bukan 24 jam depan mata.

Para pengedar tentunya paling gembira sebab negara dan masyarakatnya macam “tak apa”, tidak ambil peduli, maka bisnes pun lancar, maju dan sukses.

Berita melaporkan siasatan polis mendapati pengedar dadah sengaja menjenamakan bahan sintetik sebagai magic mushroom bagi mengelirukan pengguna.

Mungkin sebab itu bunyinya macam menu kafe hipster, tetapi kesannya cukup menggerunkan ada yang tergolek, termenung dan khayal seperti kurang siuman.

Persoalan jauh lebih penting. Bagaimana benda berbahaya ini boleh masuk ke Malaysia dan macam mana ia boleh dijual di negara ini?

Kadang-kala rakyat biasa yang jual nasi lemak tepi jalan pun cepat kena saman, tetapi produk membinasakan sebegini seolah-olah boleh bergerak bebas.

Bila keadaan makin jahanam, barulah semua pihak buat mesyuarat tergempar dan sidang media penuh wajah serius.

Vape mushroom dikaitkan dengan bahan yang boleh mengganggu sistem saraf dan fungsi otak.

Pengguna boleh mengalami halusinasi, khayal melampau, hilang fokus, gangguan emosi serta perubahan tingkah laku.

Ia juga boleh menyebabkan serangan panik dan gangguan mental yang serius. Pakar kesihatan sudah lama mengingatkan bahawa otak remaja masih berada dalam fasa perkembangan.

Bila bahan berbahaya masuk terlalu awal, kesannya bukan sementara. Ia boleh mengganggu daya ingatan, emosi dan kemampuan membuat keputusan.

Pendek kata, masa depan boleh rosak sebelum sempat dibina. Jadi tidak mustahil mungkin itulah jua agenda sebenar.

Paling menyedihkan, dalam banyak video tular, majoriti yang kelihatan hanyut dan tidak sedarkan diri ialah anak Melayu.

Sangat memilukan melihat generasi yang sepatutnya menjadi harapan negara akhirnya jadi mangsa trend toksik.

Ironinya, negara cukup pantas berdebat soal politik tetapi semakin ramai anak-anak rebah kerana bahan khayal. Seolah-olah isu ini tidak penting dan bukan isu nasional.

Hakikatnya, sebahagian ibu bapa langsung tidak tahu apa yang anak mereka hisap, siapa kawan mereka dan apa yang sedang berlaku di luar rumah.

Kadang-kala ibu bapa lebih kenal artis TikTok berbanding perubahan tingkah laku anak. Bila tragedi berlaku, barulah keluar ayat, “anak kami baik, kami tak sangka.”

Persoalan lebih besar adalah soal penguatkuasaan. Kalau benda ini haram dan berbahaya, mengapa ia begitu mudah dibeli?

Siapa yang melindungi rangkaian pengedaran ini? Mustahil barang sebegini boleh bergerak begitu lama tanpa ada pihak yang “pejam mata”.

Remaja pula mudah terpengaruh kerana mahu nampak berani dan ikut trend.

Okay, kita guna bahasa lebih molek. Negara tidak boleh terus melihat isu ini sebagai masalah kecil. Ini bukan sekadar kenakalan remaja.

Ini soal keselamatan generasi masa depan. Kalau hari ini anak muda sudah terbiasa dengan bahan khayal, bagaimana keadaan mereka 10 atau 20 tahun akan datang?

Akhirnya, jangan tunggu anak sendiri jadi viral tergolek di media sosial baru mahu marah-marah. Isu vape mushroom bukan isu orang lain.

Ia sudah masuk ke dalam rumah anda, kawasan perumahan dan kehidupan seharian masyarakat.

Kalau semua pihak terus buat tidak peduli, kita bukan sahaja kehilangan anak muda, malah sedang menyaksikan perlahan-lahan runtuhnya masa depan bangsa sendiri. — MYNEWSHUB

Tags: anak bangsaJahanamMushroomvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kegiatan penjualan dadah sintetik berbahaya dikenali sebagai “dadah zombi” kini dikesan menyusup masuk ke dalam pasaran rokok...

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd