• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dipenjara 15 Bulan Tipu Jualan Komputer Riba 1Malaysia

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat menipu seorang pelajar berhubung penjualan komputer riba 1Malaysia, seorang peniaga dihukum penjara 15 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Ibrahim Mustapa, 36, selepas dia mengaku bersalah memperdayakan Nurul Hasnira Johari, 23, supaya menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,200 sebagai bayaran untuk program komputer riba 1Malaysia.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Okt lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di A10-13 Apartment Mesra Ria, Lorong Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, Ampang Jaya di sini pada 11.30 pagi 26 Ogos 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang mendakwa dirinya dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengunjungi rumah mangsa untuk membuat tinjauan berhubung bantuan komputer riba, dan meminta mangsa mengisi satu borang dan membuat bayaran RM500 sekiranya ingin mendapatkan sebuah komputer riba.

Mangsa mengisi borang itu dan membayar wang tunai sebanyak RM1,000 untuk dua buah komputer riba dan RM200 untuk sambungan jalur lebar.

Tertuduh kemudian memberitahu mangsa akan memperoleh komputer riba itu pada petang hari sama tetapi mangsa tidak menerimanya langsung dan mengesyaki dirinya telah tertipu.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu selain perlu menyara seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kerana tertuduh pernah melakukan kesalahan mengikut seksyen sama dan sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan. – BERNAMA

Tags: peniagaPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Berkas 5 Remaja Geng Syairi

Next Post

Mara Akan Lakukan Penyusunan Semula Anak Syarikat

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post

Mara Akan Lakukan Penyusunan Semula Anak Syarikat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd