• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Akan Lakukan Penyusunan Semula Anak Syarikat

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan melaksanakan penyusunan semula anak-anak syarikatnya termasuk membuat pelantikan pengerusi baharu bermula 15 November ini.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, penyusunan itu merangkumi pengerusi lembaga pengarah dan disusuli anggota lembaga pengarah.

“Ia juga membabitkan beberapa struktur pengurusan di mana semua anak syarikat Mara akan bernaung di bawah satu syarikat induk yang dinamakan Mara Corporation Berhad,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Kunci Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Parlimen Ketereh di sini hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kawalan dan seliaan lebih rapi mampu dilakukan melalui pengurusan baharu itu berbanding pentadbiran di bawah MARA sebelum ini.

Menurutnya, langkah itu diambil untuk memastikan anak-anak syarikat Mara diuruskan dengan lebih baik, mampu menjana pendapatan lebih besar dan lebih berdikari.

“Dengan cara demikian syarikat terbabit tidak terlalu bergantung kepada dana kerajaan. Kita ada aset yang banyak, kesemua syarikat ini mempunyai jumlah modal berbayar hampir RM2 bilion dan ia satu jumlah yang besar,” katanya.

Beliau berkata antara syarikat yang terlibat termasuklah Pelaburan Mara Berhad (PMB), Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Mara Liner, Giat MARA Sdn Bhd, Kolej Politek Mara (KPM) dan Pusat Pengembangan Reka Bentuk Mara (DDEC).

Sementara itu, Annuar berkata, setakat ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi pembinaan 50 rumah PPRT di Parlimen Ketereh selain membaiki lebih 1,000 rumah penduduk.

“Kita sedang membuat tapisan 200 lagi pemohon bagi meneruskan pembinaan 50 buah PPRT tahun depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaMARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd