Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Nik Abdul Aziz Dimasukkan...

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan...

Anak Erra Fazira, Engku...

DI Hollywood, anak Tom Cruise dan bekas isterinya, Katie Holmes, Suri Cruise sering...

Siasat Tuduhan KPN: Tubuh...

TS Hamid Bador membuat dakwaan terbuka. Dia tuduh Hamzah Zainuddin campur tangan kenaikan...

2 Beradik Ditahan Bantu...

BUKIT MERTAJAM - Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pembantu rumah...

Polis Berkas 5 Remaja Geng Syairi

KUANTAN – Polis memberkas lima daripada lapan remaja anggota Geng Syairi yang dipercayai aktif dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Kampung Permatang Chengkeroh di Nenasi, Pekan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pekan DSP Amran Sidek berkata mereka ialah remaja berusia 15 tahun yang merupakan ketua kumpulan itu dan empat remaja lain berusia antara 14 dan 17 tahun, ditahan di rumah masing-masing, hasil maklumat orang ramai.

“Polis membuat tangkapan pertama pada 4 Nov lalu dan kini polis sedang mengesan tiga lagi suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti itu yang masih bebas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Amran menambah semua suspek merupakan pelajar di sebuah sekolah di Pekan dan menjadikan penduduk kampung sebagai mangsa.

Beliau menambah polis turut merampas lima buah motosikal termasuk enjin serta komponen yang telah dileraikan untuk kegunaan sendiri dan dijual.


“Polis percaya tangkapan ini menyelesaikan lima kes kecurian motosikal dengan satu lagi kes masih dalam siasatan,” katanya.

Amran berkata salah seorang suspek juga didapati positif dadah dan semua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori