• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjuran LTdL Akan Diteruskan Tahun Depan – Khairy

oleh Ahmad Albab
08/11/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjuran acara perlumbaan basikal berprestij di Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi (LTdL) akan tetap diteruskan tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“LTdL adalah acara sukan ikonik kepada Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menyertai acara berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur sempena karnival ASEAN Cycle Fest 2015 di Dataran Merdeka, hari ini.

“Kita (KBS) telah mengenal pasti penganjur baharu. Daripada dua yang disenarai pendek, kita akan umumkan nama syarikat penganjur baharu itu minggu depan,” katanya.

Menurut Khairy, sejumlah empat syarikat termasuk penganjur terdahulu iaitu Human Voyage Sdn Bhd telah membida untuk menjadi penganjur.

Selepas dibuat penelitian oleh Ketua Setiausaha KBS Datuk Jamil Salleh, hanya dua syarikat disenarai pendek.

Antara kriteria pemilihan syarikat penganjur berkenaan, menurut Khairy, ialah perlu mempunyai pengalaman menganjurkan perlumbaan berbasikal jelajah.

Walaupun baru saja dimaklumkan secara lisan kepada syarikat berkenaan, Khairy berkata beliau diberitahu bahawa mereka sudah mendapat persetujuan awal daripada 30 pasukan.

“LTdL perlu kita bina semula profilnya…jadi kita perlukan penajaan daripada syarikat swasta di negara ini. Saya rasa inilah masanya syarikat besar di negara ini menjadi penaja acara LTdL kerana acara berbasikal sebenarnya semakin meningkat.

“Saya harap syarikat swasta tidak lihat hanya kepada sukan glamour sahaja seperti golf. Sebaliknya, LTdL juga boleh jadi platform pemasaran mereka,” katanya.

Menurut Khairy, untuk meningkatkan prestij LTdL di rantau Asia, ia memerlukan penajaan besar memandangkan kini, wujud persaingan khususnya dari negara Asia Barat seperti Oman, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata KBS sedang menyediakan pelan pembangunan berbasikal lebuh raya untuk tempoh lima tahun.

“Kita (KBS) ada rancangan jangka masa panjang untuk acara berbasikal lebuh raya. Seperti diketahui umum, berbasikal lebuh raya kita masih jauh ketinggalan (berbanding negara Asia Tenggara lain),” katanya.

Berdasarkan pencapaian atlet negara pada Sukan SEA Singapura dan Jelajah Borneo baru-baru ini, KBS akan bekerjasama dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk mendapatkan formula terbaik untuk membangunkan berbasikal lebuh raya negara.

“Saya mahu dalam tempoh lima tahun akan datang, pelumba negara menjadi antara terbaik di rantau Asia Tenggara dan Asia sepertimana pelumba acara trek,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinLTdL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd