• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: PLUS Untung RM8.4 Juta Bagi Tahun 2014 – Rosnah

oleh Ahmad Albab
30/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.

“Walaupun pendapatan dari kutipan tol PLUS setiap tahun adalah tinggi, namun perbelanjaan untuk menguruskan lebuh raya itu juga tinggi dengan setiap ringgit tol dikutip, pemegang konsesi perlu membayar balik faedah pinjaman, menaik taraf dan memperbaiki lebuh raya yang sedia ada,” katanya di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga tahun 2014 dan rancangan melanjutkan konsesi serta rasionalnya.

Rosnah berkata dianggarkan secara purata 50 peratus daripada pendapatan tol PLUS digunakan untuk tujuan bayaran balik pinjaman, 20 peratus untuk operasi dan penyelenggaraan, 15 hingga 20 peratus untuk kos menaik taraf dan membaik pulih dan 10 peratus sahaja pulangan kepada pemegang saham.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Mohd Idris, Rosnah berkata kerajaan amat prihatin dengan keresahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan tol dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah hanya membuat penyelarasan kadar tol selepas lapan tahun ditangguhkan.

“Kerajaan juga telah menutup dan memansuhkan kutipan tol bagi lapan plaza tol serta mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol di seluruh negara iaitu bagi Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, Plaza tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Plaza tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas),” katanya.

Beliau berkata kerajaan dalam masa sama menggalakkan syarikat konsesi tol supaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat termasuk PLUS yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi program rebat Plusmile dan rebat pada musim perayaan.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk mengurangkan kenaikan tol lebuh raya antara bandar secara berperingkat yang sering dimanipulasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: ParlimenPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr Ong Kian Ming menggariskan beberapa sebab mengapa beliau percaya sokongan kepada...

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mengarahkan pembatalan sambutan Hari Peneroka FELDA Johor pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd