Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Lancar Logo Dan...

ALOR SETAR – Kembara Pertabalan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ke-29 yang dijadual...

Zinedine Zidane Kembali Ke...

MADRID - Zinedine Zidane berkata tidak dia berdepan sebarang keraguan ketika membuat keputusan...

Rafizi Minta Maaf Jika...

KUALA LUMPUR - "Saya meminta maaf jika semasa saya menjadi wakil rakyat dahulu,...

Wanita Tercampak, Terduduk Atas...

KULIM - "Saya hairan di mana penunggang motosikal itu, namun ketika menoleh ke...

Parlimen: Penurunan Ringgit Tidak Jejas Pelajar Tajaan Di Luar Negara

KUALA LUMPUR – Penurunan nilai ringgit tidak memberi kesan yang besar kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata ini kerana biasiswa serta elaun bantuan seperti elaun buku, sara hidup, tesis, latihan amali, pakaian dan penempatan dibayar dalam mata wang negara tajaan dan ia telah diunjurkan semasa penyediaan peruntukan jabatan.

“Kadar elaun-elaun ini adalah berbeza mengikut negara dan bidang pegajian seperti Kementerian Kewangan tetapkan,” katanya ketika menjawab soalan Steven Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) di sini.

Sim ingin tahu kesan penurunan nilai ringgit terhadap pelajar-pelajar Malaysia tajaan kerajaan di luar negara, sama ada melalui biasiswa ataupun pinjaman, serta langkah-langkah bantuan yang telah ataupun akan dilaksanakan.

Azalina berkata kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion setiap tahun untuk tujuan penajaan, dan purata kos tajaan bagi seorang pelajar di luar negara ialah antara RM38,115 hingga RM393,844.


Selain itu, katanya, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengurangkan kadar tajaan berikutan kemerosotan nilai ringgit bagi memastikan perbelanjaan serta yuran pelajar tidak terkesan.

“Ini menunjukkan kerajaan memang memberi bantuan kepada pelajar, kerana bantuan diberi kepada nilai mata wang negara yang mereka belajar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori