• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Safee Pastikan Rekod Bersih JDT Tidak Calar

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih dalam saingan Piala Malaysia 2015 apabila mengalahkan Perak 2-1 pada aksi tunggal perlawanan Kumpulan B di Stadium Perak di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Harimau Selatan, yang sudah lebih awal mengesahkan tiket suku akhir, mengumpul 15 mata maksimum selepas lima perlawanan.

Bagaimanapun, Perak gagal ke suku akhir selepas tercorot dalam kumpulan dengan tiga mata dengan kedua-dua pasukan berbaki satu perlawanan untuk melengkapkan jadual perlawanan peringkat kumpulan.

JDT, kendalian Mario Gomez, akan melayan kunjungan Sarawak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin manakala Perak berdepan dengan ATM pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada 21 Nov ini.

Sarawak hanya memerlukan keputusan seri pada pertemuan dengan JDT untuk mengiringi lawannya itu ke suku akhir.

Pada aksi di gelanggang sendiri, Perak melaungkan amaran awal apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi tandukan penyerang import dari Brazil, Charles Chad Souza, yang menyempurnakan hantaran rakan sepasukan.

Bagaimanapun, semangat pasukan Perak terus luntur apabila pemain kebangsaan, Mohd Amri Yahyah menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-33.

Penyerang skuad negara Mohd Safee Sali memastikan rekod bersih JDT tidak tercalar apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-45. – BERNAMA

Tags: JDTPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd