• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri ASEAN Mulakan Siri Mesyuarat Di KL

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para menteri ASEAN yang berhimpun di Kuala Lumpur menyertai siri mesyuarat menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan ketika Malaysia menyandang jawatan pengerusi pertubuhan serantau itu sepanjang 2015.

Mesyuarat yng diadakan hari ini termasuk Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-13 yang dipengerusikan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-14 dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-17.

Mereka akan berbincang tentang penubuhan Komuniti ASEAN menjelang berakhirnya tahun ini, satu sejarah penting bagi pertubuhan 10 negara Asia Tenggara itu yang kini berusia 48 tahun.

Komuniti ASEAN menuntut integrasi lebih rapat dalam kalangan negara terbabit berlandaskan tiga tonggak – ekonomi, politik-keselamatan dan sosiobudaya.

Di samping mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, para wakil daripada sektor perniagaan di rantau ini berhimpun di sebuah hotel di bandar raya ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2015.

Sidang kemuncak itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini.

Antara program lain ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Majlis Ekonomi ASEAN -Dialog Pelabur Global dan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN – Dialog Pelabur Global.

Beberapa pemimpin dunia dijadual tiba di Kuala Lumpur hari ini, termasuk Presiden Amerika Barack Obama.

Obama akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika ke-3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10, yang melibatkan 10 negara anggota ASEAN dan lapan rakan dialog – Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan
dan Amerika Syarikat – serta Pertubuhan Bangsa Bersatu.

ASEAN dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd